Sejak pengumuman semalam.. aku tahan sebak hati ni.. walaupun hati aku hancur luluh mendengarnya aku masih kuat menahan air mata dari gugur.. tapi lepas aku melihat wajah2 keluarga mangsa.. air mata tak tertahan lagi.. sedihnya mereka.. harapan yang ada sedikit, hancur lebur.. walaupun cuba untuk redha tapi kesedihan tak dapat dibendung.. paling menyentuh hati aku bila melihat isteri mangsa2.. tak dapat ku bayangkan jika aku ditempat mereka.. dengan linangan air mata, hanya doa yang mampu kuberikan.. moga kalian tabah!
Tuesday, March 25, 2014
Monday, March 24, 2014
Kapal Terbang MAS MH370 ditemui di Lautan Hindi
TERIMA KASIH YA ALLAH
TERIMA KASIH MENDENGAR DOA KAMI
TERIMA KASIH TEMUKAN KAMI DGN #MH370
TERIMA KASIH
SYUKUR ALHAMDULILLAH
**sedih hati mendengar berita tadi.. moga keluarga yang terlibat tabah, kuat semangat dan redha dengan ketentuanNya.
**alfatihah buat mangsa yang beragama islam.. alfatihah
Sunday, March 9, 2014
PRAY FOR MH730
Ya Allah,
Kau berikanlah petunjuk dimana mereka berada.. andai mereka telah tiada tunjukkanlah kepada kami semua sebarang petunjuk agar tenteram hati kami terutama keluarga mereka yang terlibat yang kini sangat gundah gulana... yang masih mengharap keajaiban meskipun ianya sesuatu yang mustahil.. Amin Ya Rabbal Alamin.
Saturday, March 8, 2014
PESAWAT MAS KE BEIJING DILAPORKAN BERJAYA MENDARAT DENGAN SELAMAT DI NANMING
Adakah ia benar? terkini maklumat yang diperolehi.. tapi masih belum dapat pengesahan dari pihak MAS. Kalau benar syukur alhamdulillah ..
Berita terkini dari TV Bernama.
PESAWAT MAS KE BEIJING DILAPORKAN HILANG DAN TERPUTUS HUBUNGAN DENGAN TRAFIK KAWALAN UDARA SUBANG
Innalillahiwainailaihirojiun...
Semoga mendapat perkhabaran yang baik2 tentang mereka..
Operasi menyelamat dilancarkan sebentar tadi selepas sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang membawa 227 penumpang menuju ke Beijing dilaporkan hilang oleh pihak pengawal trafik udara pagi ini. Menurut MAS, penerbangan MH370 putus hubungan dengan Pusat Kawalan Udara Subang jam 2.40 pagi ini. Pesawat B777-200 tersebut berlepas daripada Lapangan Terbang Antrabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 tengah malam semalam dan dijangka mendarat pada 6.30 pagi ini.
"Penerbangan itu membawa 227 penumpang (termasuk 2 kanak-kanak), dan 12 anak kapal," kata MAS dalam kenyataannya.
Subscribe to:
Posts (Atom)