Saya mendapat berita ni daripada seorang kawan yang mana jiran kepada Pakcik yang buat kenduri tersebut.. aduhai kesian keluarga pengantin.. mereka turut ditahan di hospital.. kesian juga kepada tetamu yang terlibat yang rata-rata penduduk Tg Dawai.. Menurut kawan saya tu, setakat ni dah 4 orang meninggal dunia akibat cirit birit yang teruk.. dia dan mak dia pun turut makan kat kenduri tu, tapi mereka pergi awal.. kebanyakkan yang mengalami cirit birit ni adalah mereka yang datang lepas pukul 3 ptg sabtu tu.. ramai datang lewat sebab hujan tengahari tu.. punca masih dalam siasatan.. la ni penuh Hospital SP ngan Yan dengan penduduk Tg Dawai..
Kata kawan saya tu.. Menu yang dihidangkan biasa biasa je.. macam ayam masak merah, kerabu pucuk paku, gulai terung ngan acar.. tak tahu makanan mana yang dah keracunan..
Masih ramai berada di icu dan red zone..
moga mereka segera sembuh.. amin dan juga takziah kepada keluarga mereka yang telah meninggal dunia.. Alfatihah.
1 comment:
takziah.. ='( al fatihah.
Post a Comment