Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Tuesday, January 29, 2013

Bisnes Online

Makin slow la pulak rasanya mengupdate blog ni.. buat bisnes online ni bukanlah sibuk mana tapi banyak masa kita tertumpu kat depan laptop atau ke sana sini urusan pos, ambil stok, hantar pesanan dan sebagainya.. alhamdulillah sejak sebulan baru berkecimpung dalam bisnes online dah nampak hasil dan hala tujunya..

Buat masa sekarang ni, saya lebih menumpukan pada penjualan kapsul baraka habbatussauda dan buku2 Pilihan Pakar Pemakanan Malaysia vol.1 yang mengandungi resepi khas untuk masakan bayi berumur 6 bulan hingga kanak-kanak prasekolah.. dan vol.2 untuk seisi keluarga dan insyaAllah jika ada kesempatan, saya nak menambah produk jualan.

Kalau ada kawan2 berminat nak dapatkan baraka habbatussauda atau buku resepi masakan pilihan pakar pemakanan Malaysia tu, jangan segan2 hubungi saya ek..


Wednesday, January 23, 2013

Nutritionists Choice Cookbook Vol.1: Resepi Shat Untuk Si Kecil Anda

Teruja..


Itulah perasaan saya bila saya dapat buku yang saya beli 2 hari lepas.. rasa tak sabar nak sediakan masakan untuk baby hazim ngan baby haziq yang sekarang ni dah berusia 8 bulan.. dengan harga hanya RM20 saya dapat banyak tips, resepi dan maklumat mengenai pemakanan kanak2.. buku ni dibuat oleh Pakar Pemakanan Malaysia.. tak rugi saya keluarkan RM20 untuk dapatkan info2 yang berguna yang macam2 dalam buku tu.. kalau nak google apa2 info tentang pemakanan mmg boleh dapat tapi bila ada buku sendiri aduhaiii.. confident tu lain rasanya..

Oleh kerana keterujaan saya tu, saya nekad nak jual sendiri buku tersebut kepada kawan2 saya.. saya promote pada mereka kebaikan buku tersebut.. dan nampaknya feedback yang saya terima sangat2 menggalakkan..

Esok stock buku Nutritionist Choice Cookbook sampai.. so saya dah boleh packing dan pos pada kawan2 yang dah order semalam dan hari ni..

Kepada kawan2 lain yang mahu memiliki buku Nutritionists Choice Cookbook Vol.:1 tu, boleh sms atau whatsaap ke no. 0123637531

Friday, January 18, 2013

Balik Kampung Lagi

Baru jer rasanya saya balik kampung asben aritu.. dah balik lagi..kali ni kami balik ziarah tok nek (moyang kepada anak2 saya) yang tak sihat.. alhamdulillah toknek dah sihat.. dah keluar wad pun rabu lepas.. dan kami pun dah selamat sampai kl semalam.. 6 hari saya kat kampung.. dan sepanjang 6 hari tu saya tak dapat nak online .. asben lupa bawa broadben.. sabo jer lah..  tak best rasanya kalau tak online sehari kan kan hihi..

Jom layan sebahagian gambar yang sempat saya snap masa kat hospital aritu..


tempat ni dah jadi bilik persinggahan keluarga besar toknek berehat dan menginap waktu malam tunggu toknek yang dok dalam wad tak jauh dari tempat rehat ni.. setiap malam pakcik n makcik dok temankan toknek secara bergilir 2,3 orang 1 malam.. sungguh erat ikatan keluarga belah asben saya.. alhamdulillah

Tuesday, January 8, 2013

Semakan Keputusan Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 1 2013


 Makluman Terkini!!

  • Bagi kemasukan ke Tingkatan 1 MRSM Program Ulul Albab dan IGCSE tahun 2013,   calon yang berjaya sahaja akan dimaklumkan melalui mySMS DAPAT 15888.
  • Semakan Keputusan Kemasukan Ke Tingkatan 1 dan 4 MRSM 2013 dijangka pada akhir bulan Januari 2013. 
  • Sila layari Portal MARA dari masa ke semasa.

Dah ada anak kawan yang dapat MRSM hari ni .. sukanya dia.. dapat MRSM Baling pulak tu.. Tahniah yer kakton dan anak  :D


Monday, January 7, 2013

Cara Mohon Rebat RM200 Telefon Pintar

Cepat-cepat mohon! Ada koata permohonan ok.. siapa lambat sila gigit jari :) .. syarat2nya pun sangat mudah..

 i. Warganegara Malaysia yang berumur di antara 21-30 tahun pada tarikh memohon;
ii. Pendapatan bulanan adalah RM3,000 dan ke bawah;
iii. Model telefon pintar 3G yang ditawarkan;
iv. Untuk langganan baru dan sedia ada pakej jalurlebar; dan
v. Satu telefon hanya untuk satu belia;

Caranya:

1. Pergi laman ini  https://komunikasibelia.skmm.gov.my/


2. Lihat di bahagian bawah website.. ada BORANG PERMOHONAN DALAM TALIAN untuk pekerja dan pelajar. Isi dan terus submit. Senang jer..

Setakat pukul 7 pagi tadi,  32,885 permohonan dah diluluskan.. ayuh cepat!!

AA: tak layak mohon sobsobsob...

Sunday, January 6, 2013

Juara Lagu 2012 Aizat a.k.a YUNA

Unexpected!!!!!! believe me!.. 
tapi prop dia mmg cun arr.. 
ape2pun.. TAHNIAH buat Yuna & Aizat..


AA: tangkap layan dgn suara black..

Saturday, January 5, 2013

Wajah Mamat (Sepah) Selepas Di Suntik

Untuk cari makan dalam dunia seni katanya.. ntah berapa banyak agaknya yang dilaburkannya kan..
banyaknye duit dia..



Cuba kita tengok statement A.Aida pasal  dia dan suntikan vitamin C pulak..

"Saya mengaku menyuntik vitamin C setiap bulan kerana itu semua untuk kebaikan kerjaya. Memanglah tugas saya lebih kepada berbual atau berkomunikasi dengan pelanggan tetapi apa salahnya kalau orang pandang wajah kita terasa tenang," katanya."

Malah menurut A.Aida, jika ada artis yang akan ditawarkan watak untuk berlakon drama terbitannya, dia tidak segan silu mencadangkan pelakon itu membuat pembedahan atau melakukan suntikan.

Katanya, biarpun pelakon itu sudah berumur tapi dia tetap menyarankan agar melakukan sesuatu pada wajah kerana itu sebahagian daripada pakej bergelar artis.

"Kalau saya tengok wajah pelakon itu banyak kedut, saya sarankan dia buat pembedahan atau apa sahaja asalkan tampak cantik. Bagi saya jika seseorang itu buat pembedahan itu urusan dia dengan Allah.

"Kadang-kadang saya kata, kalau dia tidak mampu, saya sanggup taja. Semua itu saya buat demi kebaikan artis itu juga.

"Kalau dia nampak tua sebelum waktunya, ingat ada orang nak tawar dia berlakon. Bila tak ada tawaran, mana nak masuk pendapatan. Pada saya artis perlu menitik beratkan soal kecantikan tidak kira wanita atau lelaki," jelasnya.

AA: macam2 dunia artis ni..

Thursday, January 3, 2013

1st Day Pakai Uniform Tadika Pasti

1st day kakak mira pakai uniform tadika Pasti.. manisnya kakak ni bertudung.. tapi semalam kakak dah tanya saya..

"mama, kalau mira berpeluh macamana? nanti mira panas la mama"

ni 1st time kakak bertudung dalam tempoh yang agak lama.. saya jawab..

"takpelah.. nanti kakak duk depan kipas.. kalau kipas kat atas, kakak duk bawah kipas.. cakap kat cikgu, kakak panas"

saya tambah  lagi..

"nanti lama2 kakak ok dah bertudung.. comel lah kakak pakai tudung.."

kena puji lambung2 sikit hihi.. kakak angguk kepala jer sengih..


 saya harap kat sekolah nanti, dia ok.. risau gak ni..

Tuesday, January 1, 2013

Happy New Year 2013

Dah masuk tahun baru yer kita hari ni.. pejam celik pejam celik makin bertambah umur kita kan.. apapun saya nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2013 dan moga apa yang kawan2 impikan dapat dicapai tahun ni... saya nye azam, kekal macam tahun lepas gak.. nak menjadi insan yang lebih baik dari tahun sebelum ni.. mudah2an dipermudahkan..

Sekarang ni dah nak masuk subuh.. saya masih belum lelapkan mata.. mungkin kawan2 kat sana ada yang baru balik dari sambutan ambang tahun baru agaknya.. saya dah bertahun tak celebrate tahun baru kat luar.. malas ar.. ramai sangat orang.. serabut otak hihi.. dah tua agaknya kikiki.. sebab tu mood nak enjoy dah kurang.. lagipun ada anak2 kecik ni payah la kan.. xpe.. rasanya dah puas berembun dulu.. :p

Apa saya buat tak tidur agaknya ek.. hihi.. saya gini lah.. suka buat kerja time suasana sunyi.. tenang.. time ni lah saya membasuh baju twins.. saya basuh tangan.. so lama sikit la ambik masa.. lepastu saya menjahit lencana sekolah anak.. ni sambil2 menjahit la ni.. lepas subuh satg kalau twins tak terjaga saya tidurlah kejap.. dah biasa gini..


Oklah.. nak siapkan menjahit.. dah blur2 dah mata ni rasanya.. 
tatatititutu

Iklan