HARI KEDUA
Pepagi dah kami bersiap.. ada yang bangun seawal pukul 4.00 pagi untuk mandi.. bukan apa.. mereka tak mahu beratur lama menunggu giliran mandi kalau lewat bangun.. mana taknye.. kol 6 pagi dah start beratur dah.. kami ni ramai.. ape2 pun sebenarnye thanks to yang mandi awal tu.. sebab korang dah mudahkan masa aku mandi hikhikhik!!! so pas mandi.. kami bersiap untuk ke padang.. so semua bersiap dengan shirt, tracksuit n sport shoes.. cam aku hehehe..!! kan kasut baru beli lalalala...
Kira-kira kol 7.00 pagi kami dah ada kat padang.. kami diminta berbaris ikut kumpulan semalam.. kumpulan aku THUNDER PEACE.. jurulatih pun bagi lah beberapa senaman yang mudah2 gitu.. memula jer la.. pastu kene kawad ngan lutut lak.. hikhikhik!! nanti aku post kan gambar ekk.. Acara senaman diteruskan lagi dengan kawad dadu.. kalau balingan dadu dapat no ganjil 1,3,5 maka kami perlu berundur ikut jumlah dadu tersebut..contohnya kalau dadu tu tunjukkan 3 so kami kene kawad tak boleh putus 3 langkah kebelakang.. dan kalau balingan dapat no genap 2, 4,6 kami akan bersama-sama pasukan langkah kehadapan ikut jumlah dadu tersebut.. kelakar aktiviti ni.. kumpulan Karisma paling best sebab masa orang semua sat ke depan n jarang dapat dadu undur.. kumpulan karisma pasti dapat dadu yang 'undur' hikhikhik!!!
sampai kebelakang la kumpulan tu berundur dan berundur dan berundur.. tapiiiii.. kemudian setelah peraturan bertukar.. dadu no 5 dijadikan no genap.. kumpulan karisma mula mengorak langkah kedepan... dan kedepan dan akhirnya kumpulan tu sampai ke garisan penamat mengalahkan kumpulan2 yang lain yang sat ke depan sat kebelakang nih termasuk la kumpulan aku hahahahah!!!!! tu laaa.. suka gelak kan orang!!!! Aktiviti senaman diakhiri dengan nyanyian NEGARA KU.. best!!!
Pastu kami beransur ke dewan makan.. untuk menikmati sarapan.. masing2 lapar giler tuh.. hurmmm.. apa lagi santap sampai kenyang la.. aku makan bihun ngan nasi goreng.. sedap? lapar kan.. semuanye sedap la.. hihihihi!! aktiviti seterusnya akan bermula pada pukul 10 pagi.. dapat la kami lelapkan mata jap..sempat lagi tu.. 20 minit pun jadik.. kol 10 pagi kami diminta ke dewan untuk aktiviti seterusnya.. aktiviti ni best tapi bukan alam dewan la.. ni aktiviti kat sungai.. setelah taklimat diberikan kami mula beredar ke sungai.. kami diberi lilin ngan beberapa batang mancis.. kami di minta bawa mancis ngan lilin yang diikat kat tali sepanjang barisan kami melalui sungai.. jangan basahkan sebab kami diminta untuk menyalakan lilin tersebut pada garisan penamat nanti.. so bermula la perjalanan yang berliku tersebut hehehehe.. berliku ke? berlekuk ada la.. sakit kaki aku ni jalan dalam air tak pakai kasut.. lalu kat batu2 tu.. tapiii.. ada ke orang jalan dalam air pakai kasut? adaaaa... hikhikhik.. sampai kat satu spot tu kami diminta masuk ke satu lurah air yang mana kami perlu baring untuk melepasi kayu halangan yang diletakkan di situ.. basah la atas bawah.. kami berjaya!! perjalanan diteruskan.. kali ni melalui kawasan batu2an.. aduhai..sakitnye kaki akuuuu.. tapi sebab amanah yang diberikan untuk memastikan lilin tak basah.. aku maintain 'cool'.. pastu kami melalui kawasan takungan air yang agak dalam.. aku perlu imbangi badan agar tak terjatuh.. nasib ahli kumpulan semua agak tinggi2 .. so takde masalah la kalau tempat tu agak dalam.. kami saling berhubung antara satu sama lain.. kami saling memastikan rakan yang dibelakang dalam keadaan stabil.. dan akhirnya kami sampai kegarisan penamat.. saat mendebarkan bila mancis mula dicaskan.. fuhhh!! bernyala!! dan cucuh kat lilin pula.. haaaaaaaaaaaa!!! yeaaaaaaaaaaaaaaah!!!! berjaya!!! semua ahli kami bersorak gembira.. kami pun mula gerak ke hostel balik sebab nak tukar baju n makan tengahari.. time ni sapa yag pakai kasut tadi mmg sangat bertuah.. sebab jalan atas jalan takde air dan panas lebih teruk dari jalan dalam air tadi hikhikhik!! lepas mandi manda aku beransur ke dewan makan untuk makan then berehat..
Pukul 2 acara bermula kembali.. aktiviti ni merupakan aktiviti terakhir sebelum training ni tamat.. kami diajar menggunakan 'compas'.. so kami diberikan beberapa check point.. kami d minta mengikut arahan seterusnya yang ada kat check point tu.. kami pun bergegas la mencari semua bukti2 penemuan check point tersebut.. ada 5 semuanya.. check point pertama - jumpa, kedua pun jumpa, ketiga pun jumpa, ke empat pun jumpa.. ke lima? jenuhla kami cari.. rupa2 nye check point tu kat puan.. sabo jer la.. tapi kami masih the 1st group winner hikhikhik!!!
Setelah aktiviti tamat, kami diberi minum petang.. then kami berkumpul kembali kat dewan untuk taklimat dan ucapan akhir sebelum bersurai.. dimulakan dengan coach then penghuluwati n penghulu pastu puan.. acara diakhiri dengan tangkap gambar beramai2.. sangat meriah!! love u my frenzz!!
Hurmm.. aku pun nak balik jugak.. anna dah tunggu dalam keter.. sian dia tunggu lama coz aku wat discussion sket pasal report yang nak kene hantar tu nanti.. kami gerak balik ikut highway saga jugak.. hantar liza dulu kat wangsa maju pastu baru gerak hantar aku lak.. sebelum sampai umah aku singgah beli mc d.. rindunye kat anak2 aku..
mira cam seronok cam sedeh pun ada bila tengok aku hikhikhik!!
Hurmm.. sampai dalam umah.. aku sembang sket2 pastu aku terus pengsan.. lena sampai malam.. arghhhhh!! penat nyeeeeeeeeeeeeeee!!!
No comments:
Post a Comment