Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Friday, February 26, 2010

Maulidur Rasul 1431 Hijrah

Ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW pada 12 Rabiulawal bersamaan 26 Feb 2010 akan diraikan dengan penuh penghormatan dan penghayatan dengan mengadakan pelbagai acara keagamaan di seluruh negara seperti ceramah agama, nasyid, berselawat, berzanji, meraikan golongan fakir dan miskin.

Semua ini adalah sebagai tanda kasih umat Islam terhadap pemimpin agung yang menjadi manusia istimewa pilihan Allah. Kelahiran Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin agung adalah rahmat bagi sekalian alam.

12 Rabiulawal 1431 Hijrah ~ 26 Februari 2010

Kelahiran Rasulullah SAW mengubah kehidupan umat manusia di dunia daripada masyarakat yang dulunya kufur bertukar menjadi taat dan mentauhidkan Allah. Jelaslah kelahiran Baginda SAW benar-benar membawa perubahan besar dalam pelbagai aspek kehidupan manusia. Itulah rahmat dan nikmat daripada Allah mengutus junjungan besar Nabi Muhammad SAW ke muka bumi ini.

Allah berfirman yang bermaksud, "Dan tiada Kami mengutus engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam." (Surah al-Anbiya', ayat 107)

Perjuangan Rasulullah SAW menyebarkan dakwah Islam penuh dengan peristiwa pahit dan getir. Baginda menempuh pelbagai ancaman dan halangan; menghadapi bermacam kesengsaraan, penderitaan dan penindasan. Namun begitu, Baginda tetap tabah, sabar dan tidak putus asa menjalankan perintah serta amanah Allah. Akhirnya Baginda berjaya menegakkan kebenaran di muka bumi ini. Lihatlah betapa besarnya pengorbanan Rasulullah SAW dalam menghadapi kekufuran dan kezaliman musuh Islam.

Rasulullah SAW adalah manusia pilihan dan paling istimewa. Oleh itu, Allah memperlengkapkan Baginda dengan budi pekerti mulia. Peribadi baginda benar-benar luhur, manakala jiwa dan hatinya pula suci bersih. Dengan memiliki keperibadian unggul Baginda berjaya melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab diamanahkan Allah kepadanya.

Keunggulan keperibadian Baginda SAW dijelaskan dalam firman Allah yang bermaksud: "Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah selalu (dalam masa susah dan senang)." (Surah al-Ahzab, ayat 21)

Kehidupan Nabi Muhammad SAW mengandungi pengajaran dan contoh teladan yang baik. Jika diikuti, maka kehidupan manusia seluruhnya akan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Banyak contoh ditunjukkan Rasulullah SAW dalam mentaati dan beriman kepada Allah merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia seperti ibadah, muamalat, politik, hubungan kemasyarakatan dan akhlak. Baginda juga pemimpin agama, negara, suami, bapa, pendidik, pendakwah dan pejuang.

Kejayaan Rasulullah SAW yang paling ketara apabila Baginda berjaya mengubah jiwa manusia daripada sifat kebatilan kepada kebenaran; kezaliman kepada keadilan dan kemunduran kepada kemajuan.

Hasilnya, lahirlah manusia yang bertakwa kepada Allah dan cintakan kebaikan. Contohnya, Saidina Umar al-Khattab yang pada mulanya seorang yang memusuhi Islam menjadi komited dengan ajaran Islam, berperibadi mulia dan dihormati. Begitulah juga Bilal bin Abi Rabah, seorang sahabat yang tabah dan sabar menghadapi penderitaan akibat penyeksaan musuh Islam demi menegakkan agama Islam.

Sempena bulan mulia ini, umat Islam diseru supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mengingati sejarah pengorbanan Rasulullah SAW dalam menegakkan agama Islam dengan membanyakkan selawat kepadanya. Selamat menyambut Maulidur Rasul 1431.

Wednesday, February 17, 2010

MakNgah Redha, Sofea..

Sofea Irdina, anak sedara makngah, yang comel, yang genap 10 bulan telah kembali ke Rahmatullah pada hari ini pukul 3.24 pagi tadi.. Mak Ngah redha sayang meski pun air mata mak ngah bercucuran mengalir saat menatap wajah2 terakhir sofea, makngah terima ketentuan Nya sayang.. berat mata mak ngah melihat, menerima, berat lagi hati abah dan ibu sofea.. terutama abahmu sayang.. semoga abahmu tabah menghadapi kehidupan selepas ini.. abahmu tidak sekuat ibumu sayang.. tapi mak ngah percaya, abahmu akan dapat menerima Qada` & Qadar dari Nya.. Alfatihah.

Tuesday, February 9, 2010

Bowling Tournament spaceUTM FPSM

Telah berlangsung pada 6hb February 2010 di Wangsa Walk Bowling Centre.. best giler!! hilang stress.. gambar-gambar kat bawah ni boleh menggambarkan kegembiraan kami semua.. best la u alls!


Monday, February 1, 2010

OutDoor Training @ Pangsun, Hulu Langat 2

HARI KEDUA

Pepagi dah kami bersiap.. ada yang bangun seawal pukul 4.00 pagi untuk mandi.. bukan apa.. mereka tak mahu beratur lama menunggu giliran mandi kalau lewat bangun.. mana taknye.. kol 6 pagi dah start beratur dah.. kami ni ramai.. ape2 pun sebenarnye thanks to yang mandi awal tu.. sebab korang dah mudahkan masa aku mandi hikhikhik!!! so pas mandi.. kami bersiap untuk ke padang.. so semua bersiap dengan shirt, tracksuit n sport shoes.. cam aku hehehe..!! kan kasut baru beli lalalala...

Kira-kira kol 7.00 pagi kami dah ada kat padang.. kami diminta berbaris ikut kumpulan semalam.. kumpulan aku THUNDER PEACE.. jurulatih pun bagi lah beberapa senaman yang mudah2 gitu.. memula jer la.. pastu kene kawad ngan lutut lak.. hikhikhik!! nanti aku post kan gambar ekk.. Acara senaman diteruskan lagi dengan kawad dadu.. kalau balingan dadu dapat no ganjil 1,3,5 maka kami perlu berundur ikut jumlah dadu tersebut..contohnya kalau dadu tu tunjukkan 3 so kami kene kawad tak boleh putus 3 langkah kebelakang.. dan kalau balingan dapat no genap 2, 4,6 kami akan bersama-sama pasukan langkah kehadapan ikut jumlah dadu tersebut.. kelakar aktiviti ni.. kumpulan Karisma paling best sebab masa orang semua sat ke depan n jarang dapat dadu undur.. kumpulan karisma pasti dapat dadu yang 'undur' hikhikhik!!!
sampai kebelakang la kumpulan tu berundur dan berundur dan berundur.. tapiiiii.. kemudian setelah peraturan bertukar.. dadu no 5 dijadikan no genap.. kumpulan karisma mula mengorak langkah kedepan... dan kedepan dan akhirnya kumpulan tu sampai ke garisan penamat mengalahkan kumpulan2 yang lain yang sat ke depan sat kebelakang nih termasuk la kumpulan aku hahahahah!!!!! tu laaa.. suka gelak kan orang!!!! Aktiviti senaman diakhiri dengan nyanyian NEGARA KU.. best!!!

Pastu kami beransur ke dewan makan.. untuk menikmati sarapan.. masing2 lapar giler tuh.. hurmmm.. apa lagi santap sampai kenyang la.. aku makan bihun ngan nasi goreng.. sedap? lapar kan.. semuanye sedap la.. hihihihi!! aktiviti seterusnya akan bermula pada pukul 10 pagi.. dapat la kami lelapkan mata jap..sempat lagi tu.. 20 minit pun jadik.. kol 10 pagi kami diminta ke dewan untuk aktiviti seterusnya.. aktiviti ni best tapi bukan alam dewan la.. ni aktiviti kat sungai.. setelah taklimat diberikan kami mula beredar ke sungai.. kami diberi lilin ngan beberapa batang mancis.. kami di minta bawa mancis ngan lilin yang diikat kat tali sepanjang barisan kami melalui sungai.. jangan basahkan sebab kami diminta untuk menyalakan lilin tersebut pada garisan penamat nanti.. so bermula la perjalanan yang berliku tersebut hehehehe.. berliku ke? berlekuk ada la.. sakit kaki aku ni jalan dalam air tak pakai kasut.. lalu kat batu2 tu.. tapiii.. ada ke orang jalan dalam air pakai kasut? adaaaa... hikhikhik.. sampai kat satu spot tu kami diminta masuk ke satu lurah air yang mana kami perlu baring untuk melepasi kayu halangan yang diletakkan di situ.. basah la atas bawah.. kami berjaya!! perjalanan diteruskan.. kali ni melalui kawasan batu2an.. aduhai..sakitnye kaki akuuuu.. tapi sebab amanah yang diberikan untuk memastikan lilin tak basah.. aku maintain 'cool'.. pastu kami melalui kawasan takungan air yang agak dalam.. aku perlu imbangi badan agar tak terjatuh.. nasib ahli kumpulan semua agak tinggi2 .. so takde masalah la kalau tempat tu agak dalam.. kami saling berhubung antara satu sama lain.. kami saling memastikan rakan yang dibelakang dalam keadaan stabil.. dan akhirnya kami sampai kegarisan penamat.. saat mendebarkan bila mancis mula dicaskan.. fuhhh!! bernyala!! dan cucuh kat lilin pula.. haaaaaaaaaaaa!!! yeaaaaaaaaaaaaaaah!!!! berjaya!!! semua ahli kami bersorak gembira.. kami pun mula gerak ke hostel balik sebab nak tukar baju n makan tengahari.. time ni sapa yag pakai kasut tadi mmg sangat bertuah.. sebab jalan atas jalan takde air dan panas lebih teruk dari jalan dalam air tadi hikhikhik!! lepas mandi manda aku beransur ke dewan makan untuk makan then berehat..

Pukul 2 acara bermula kembali.. aktiviti ni merupakan aktiviti terakhir sebelum training ni tamat.. kami diajar menggunakan 'compas'.. so kami diberikan beberapa check point.. kami d minta mengikut arahan seterusnya yang ada kat check point tu.. kami pun bergegas la mencari semua bukti2 penemuan check point tersebut.. ada 5 semuanya.. check point pertama - jumpa, kedua pun jumpa, ketiga pun jumpa, ke empat pun jumpa.. ke lima? jenuhla kami cari.. rupa2 nye check point tu kat puan.. sabo jer la.. tapi kami masih the 1st group winner hikhikhik!!!

Setelah aktiviti tamat, kami diberi minum petang.. then kami berkumpul kembali kat dewan untuk taklimat dan ucapan akhir sebelum bersurai.. dimulakan dengan coach then penghuluwati n penghulu pastu puan.. acara diakhiri dengan tangkap gambar beramai2.. sangat meriah!! love u my frenzz!!

Hurmm.. aku pun nak balik jugak.. anna dah tunggu dalam keter.. sian dia tunggu lama coz aku wat discussion sket pasal report yang nak kene hantar tu nanti.. kami gerak balik ikut highway saga jugak.. hantar liza dulu kat wangsa maju pastu baru gerak hantar aku lak.. sebelum sampai umah aku singgah beli mc d.. rindunye kat anak2 aku..
mira cam seronok cam sedeh pun ada bila tengok aku hikhikhik!!

Hurmm.. sampai dalam umah.. aku sembang sket2 pastu aku terus pengsan.. lena sampai malam.. arghhhhh!! penat nyeeeeeeeeeeeeeee!!!



Iklan