Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Saturday, May 16, 2009

Semester Pendek

Hari ni Sabtu 16 Mei bermula balik semester baru kuliah aku..sat jer dapat rehat sem ni..tapi takpe lah agipun aku rindu pulak nak masuk class balik.. rindu tu sabo jerla hehehe.. agaknya ni kesan dari result yang aku dapat semester lepas kot.. aku nak cuba kekalkan pointer 3.5 ke atas.. kalau dapat 1st Class Honour lagi bagus.. aku cuba..insyaAllah.. kawan-kawan doakan aku sama k.. hari ni ngan esok class Titas..so daaaa..

Sunday, May 10, 2009

Mini Gath 7 exittar 2009

Gath Mini kali ke 7 ni diserikan dengan hadirnya Ina, Shah, Sus, Amna, Azri, Eza, Man & Ida.. terima kasih diatas support yang diberi... hari ni juga kami dapat berita dari Miza yang husbennya kene tahan wad..sakit apa kami pun kurang pasti.. so to Miza, takecare husben elok2 k..

So seperti yang dijanjikan, kami berkumpul kat Digi Centre Times Square..aku, shah ngan ina sampai kat situ lebih kurang kul 1 ptg, si sus ngan eza dah ada kat Rice Chiken Shop lebih awal so kami terus gerak gi saner dalam kul 1.30 petang.. tapi kali ni nampaknya semuanya menepati masa yang ditetapkan huhuhu..kalau tak selalu sgt terlajak.. sampai kat RCS amna ngan tunang dia azri dah ada.. so apa lagi perut pun dah keroncong kami terus la order nasi ayam takkan order piza pulak kan kan.. 2 set Family Fiesta.. untuk 8 orang makan.. ida akhirnya muncul juga jumpa kawan-kawan lama..tq ida..dalam tengah menjamu selera tu, si man datang..so dia just order nasi tambah jerla sbb lauk pauk banyak..acara makan diteruskan dengan lahapnya hehehe.. sampai licin semua yang kat atas meja tuh.. then agenda yang di'hidden'kan dimulakan dengan munculnya sebijik kek coklat meraikan besday si azri yang disponsorkan oleh tunangnya si amna huhuhu.. bagus azri ni, sporting giler dia.. acara diteruskan dengan penangkapan gambar2 yang berunsur 'untuk tontonan semua' dengan 'untuk 18 tahun ke atas sahaja' hahahaha...

Kemudian, agenda seterusnya..melontar.. so kami terus gerak ke tingkat atas untuk ke pusat bowling.. ramainya manusia..ingatkan kami tak de peluang nak layan bowling tapi nampaknya rezeki menyebelahi kami..semua orang main kecuali ina ngan sus.. dorang takut kene bahan nanti hahaha.. seronoknya layan bowling..dah lama tak layan tu..bertahun dah.. result pun takat 'bolehlaaa' hehehe..

Agenda lontar suara nampaknya tak dapat dijalankan disebabkan kat kawasan situ tak banyak pusat karoake yang banyak lagu melayu macam RedBox Ria Sogo tu.. so kempunan la sus ngan ina sebab dorang dah praktik lagu tu sebelum mini gath berlangsung hehehe..nanti kita set hari lain k.. Shah pun tak sabar jugak tu nak sumbang suaranya yang merdu.. so berakhirlah sudah pertemuan kami untuk hari tersebut..lepas bersalaman n berpelukan (yg pompuan aje)kami masing-masing membawa haluan masing2 balik ke rumah masing-masing la hehehe.. Kalau panjang umur, nanti kita setkan Mini Gathering di luar kawasan KL k..tq semua atas semangat setiakawan yang dipamerkan..

Monday, May 4, 2009

Kurma Ayam Mama

Semalam aku masak kurma ayam..sampai menjilat jari la anak-anak aku makan.. cubalah..


BAHAN-BAHANNYA

1ekor ayam
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1/2 ibu jari halia
2 butir buah pelaga
5 butir bunga lawang
2 sm kulit kayu manis
5 sudu besar rempah kurma
1 sudu besar serbuk jintan putih
sedikit serbuk perasa
1 biji santan pekat
1 biji lobak merah
4 biji cili hijau
3 biji kentang
5 helai daun ketumbar
sedikit bawang goreng

CARA MEMASAK

1. Panaskan minyak & tumiskan bawang merah, bawang putih, kulit kayu manis, bunga lawang , buah pelaga & halia.
2. Masak sehingga baunya naik.
3. Kemudian masukan rempah kurma yg tlh dibancuhkan dgn serbuk jintan putih.Masak sehingga garing.
4. Kemudian masukan ayam yg tlh direbus bersama air rebusan.
5. Masak sehingga mendidih, masukan santan, lobak merah, cili yang telah dipotong & masak sehingga kuah mejadi pekat.
6. Masukan garam & serbuk perasa.
7. Masukkan daun ketumbar..


Nyummm..sedap..

Iklan