Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Thursday, January 17, 2019

BAWA BAHAGIAN EMERGENCY HKL

Sejak mak balik dari IJN, mak selalu je tak sihat.. semalam akak pi umah mak.. tengok kaki mak.. aduhaiii kaki mak bengkak... patutlah mak demam.. semalam jugak akak bawa mak pi HKL bahagian emergency tu. Urusan kat zone hijau ni memang lah sgt ambik masa.. tambahan doktor yang incharge kes mak akak takde. kol 7.30 pagi nanti baru masuk so tidur lah mak akak atas kusi roda HKL tu sebelum mak dibenarkan untuk baring kat dlm bilik rawatan sampai doktor yang incharge sampai..


Dalam kol 7 lebih, datang sorang doktor wanita.. lepas check segala butiran mak akak dan buat call .. mungkin call doktor susan kot.. doktor suh mak akak admit.. maka kol 8 pagi tadi mak akk masuk wad 11 lagi sekali.. sebenarnya kali ke3 hihi.. nurse pun dah kenal mak akak ..

Lepas settle urusan mak akak terus balik.. petang baru akak muncul semula kat wad 11 tu.. 

Saturday, January 12, 2019

SENARAI UBAT YANG DIBEKALKAN OLEH IJN

Untuk semakan akak.. akak dah snap segala jenis ubat mak akak dan akak akan rekodkan kat sini untuk memudahkan akak memantau ubat mak akak..





Friday, January 11, 2019

MAK DISCAJ IJN

Mak dah discaj IJN.. 
 7/1-11/1/19 .. 
5 hari je tapi mak rasa cam sebulan.. 


Monday, January 7, 2019

CHECK IN IJN

Baru discaj 28/12 haritu .. hari ni mak kene check in kat IJN seperti yang diarahkan oleh Dr.Kumara masa appointment kat IJN jumaat lepas..  esok mak kene buat angiogram. Masa mak dapatkan rawatan kat hkl sebelum ni, doktor dapati jantung mak lemah.. masa mak buat echo doktor dapati hanya beberapa peratus je jantung mak berfungsi tak seperti kebiasaannya.. sebab tu mak kene buat angiogram ni.. dengan cara memasukkan contras ke dalam saluran darah ke jantung untuk melihat sama ada ada bahagian yang tersumbat atau tak - saluran darah yang tersumbat yang menyebabkan jantung mak tu lemah.

Harapnye mak kuat..

Tuesday, January 1, 2019

SELAMAT TAHUN BARU 2019

Assalamualaikum..
Selamat Tahun Baru akak ucapkan kat uols yang singgah blog akak ni ye..
Semoga kejayaan, kebahagiaan, keharmonian, kekayaan, keikhlasan dan ketaqwaan makin bertambah2 tahun 2019 ni.. amiin

Iklan