Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Wednesday, September 19, 2018

MAIN KUTU WAJIB LAFAZ AKAD HUTANG

Panas!! panas!! Main kutu HARAM!!
biar betik??!!

Itulah yang tengah viral sekarang ni..

HARAM hukumnya sekiranya tidak menyatakan akad lafaz hutang kpd kawan-kawan.

Sekiranya kita penerima duit kutu pada bulan itu, kita perlu katakan :

"Saya berhutang kepada awak semua"

Sekiranya kita bayar bulan-bulan untuk kutu orang lain kita perlu katakan :

"Saya bayar hutang awak"

Manakala jika kita adalah orang terakhir yg dalam pusingan kutu, kita perlu berkata:

"Saya terima hutang awak semua kpd saya"

Sekiranya semua akad-akad ini dilafazkan maka hukum bermain duit kutu adalah HARUS.

**Jika tidak dilafazkan akad tersebut, hukumnya menjadi HARAM.



Friday, September 14, 2018

KOLEJ KEDIAMAN SISWA UITM RAUB

Seperti yang dijanjikan.. post ni aunty nak cerita tentang asrama pulak..
part asrama ni menarik.. mahasiswa ditempatkan kat kolej kediaman PUTERA lah kan..
Kolej Mat Kilau nama nye.. betul2 sebelah Medan Selera ..
Asrama dorang ni merupakan sebuah apartment.. cuba tengok gambar bawah ni.. cantikkan..
Apartment 10 tingkat .. sape yg stay kat atas tu mmg best.. dpt tengok view cantik2..
tapi biasanya seniorrr yang dok atas tu.. hihi esok2 adik2 baru masuk belajar ni merasa lah kan..
tengok kawasan parking keter.. luas kan.. untuk pelajar baru takleh bawa masuk keter dalam ni.. semester 3 kot baru dibenarkan.. tapi nak buat apa bawa keter.. nak pi kelas 5 minit jalan dah sampai.. kentut pun tak sempat kikiki..



Ok.. jom tekan lif naik atas.. biasa student baru dok level bawah2 je.. hari ni kita naik lif sebab nak bawa barang banyak.. hari biasa sila lah naik tangga ye hahaha.. aunty selalu baca komen2 senior kat student yg dok tingkat 3 ke bwh tu kat twitter @uitmraub.. adik2 kat bawah tu sila lah naik atas guna tangga.. kesian yg dok atas menung depan lift tak naik2..

Ok.. ting tong.. lift sampai level 3.. untuk semester 1 ni anak aunty dapat housemate sama course .. memang dikumpulkan gitu kot.. so senang kenal dengan lebih dekat antara satu sama lain.. jom masuk rumah..

Dalam rumah ni ada 4 bilik.. ruang tamu ada meja makan yg nampak tu.. meja study dalam bilik masing-masing ye.. bilik air ada 4 jugak..



Jom masuk bilik.. mungkin bilik lain susun atur tak sama..
bawah ni bilik anak aunty..





Selesa tak? syukur alhamdulillah .. tempat penginapan yang sangat selesa.. terima kasih UITM Raub.. 2 orang sebilik.. jadi rumah tu ada 8 org semuanya.. setiap bilik ada 2 buah locker/almari, 2 set meja study, 2 buah katil & bantal sorang satu.. Apa yang korang perlu ada atau bawa ialah:

1. Kunci mangga locker / almari .. wajib ada..

2. Cadar dan sarung bantal.. kalau korang ada bawa bantal extra, dua2 kene bersarung.. wajib! so sila bawa dari rumah siap2.. cadar tak kisah corak atau kaler apa pun..

3. Iron ni diperlukan bila nak iron baju kemeja je.. so pandai2 lah korang.. aunty bawa sebab susah juga klau nak meminjam.. takut time nak pinjam tu masing2 tengah guna..

4. Penyapu & Mop .. yang ni korang bincang dgn kwn sebilik..

5. Baldi baju & sabun basuh baju .. baju boleh basuh kat kedai DOBI kat bawah tu je.. cuma sila sediakan duit syiling 50sen baru.. Klau nak jimat mendobi, pakat dgn kawan sebilik.. basuh sekali.. Ampaian disediakan dekat koridor bilik masing2..

6. Hanger.. wajib beli lebih.. baju basuh gantung je.. sebab ampaian limited space..

7. Sejadah untuk solat dalam bilik..

8. Mug / Cawan / Mangkuk / Sudu & Garfu / Sabun basuh pinggan & span .. mangkuk bagai tu wajib bawa sebab senang makan megi hihihihi..

9. Electric Kettle .. cerek elektrik yang macam dalam gambar atas tu.. yang tu boleh bawa.. periuk nasi tak boleh.. SEMUA BARANG LETRIK WAJIB DIDAFTARKAN.. ADA CAS DIKENAKAN.. takla mahal.. semua brg letrik kene declare okay.. charger hpon pun..

10. Barang mandian... berus gigi, sabun mandi, ubat gigi, syampoo, pencuci muka, bedak dan sebagainye lah..

11. Stock makanan hihi.. walaupun medan selera sebelah tu je.. percaya lah.. ramai yg malas nak turun makan.. so stock ni lah nanti yang akan dijamah..

12. Teh Uncang & Gula dlm bekas.. atau minuman 3 in 1.. percaya lah mesti korang lapar memanjang.. bawa lah jug kecik untuk bancuh air nanti..

Oklah.. so far tu je memula yang aunty nampak diperlukan oleh korang.. klau yang girl tu mungkin kene panjang lagi list kot.. hihi.. tapi bagi yang kurang kemampuan tu.. jgn lah paksa ayah ibu sediakan semua yg tak wajib tu.. boleh beli ansur2.. pinjam dulu kawan punya.. rasanye xde masalah.. alhamdulillah kawan serumah anak aunty semua baik-baik..

Oklah.. setakat ni je perkongsian aunty tentang persediaan ke uitm raub.. semoga sedikit sebanyak dapat membantu uols semua.. selamat maju jaya!



Wednesday, September 5, 2018

PERTANDINGAN KOMPANG SELAWAT ZON SENTUL 2018

Hari ni hari yang dinanti anak akak dari pasukan kompang Puteri Nur Iman..
Pertandingan berlangsung kat Sekolah Kebangsaan Sentul 1 ..
Seramai 10 pasukan yang bertanding.. semua pasukan putera kecuali pasukan dari SKBBS yang membawa pasukan puteri.. akak tak dapat tengok acara ni sebab 2 perkara.. pertama sebab akak demam.. sebab kedua adalah sebab abah nak pegi Klang ziarah kawan baik abah meninggal semalam.. Wak Nan dah takde :( .. alfatihah

Tapi alhamdulillah akak dapat tengok rakaman video yang dibuat oleh ustaz kat sana.. sebak rasa hati sebab mereka buat dengan baik sekali.. cuma bukan rezeki mereka berpeluang untuk keperingkat seterusnya..xpelah kita cuba tahun depan pulak.. Tahniah pada semua yang terlibat!



Iklan