Turunkan Panas Badan Anak Demam Dengan Hanya Guna Telur Rebus.. tak percaya?? Jom baca..
Kalau anak demam, hati ibu ayah mana yang tidak susah hati. Kasihan melihat si kecil merengek dan tidak aktif seperti biasa. Badan panas, hingus meleleh dan tekak sakit sebab batuk.
Selain membawa anak ke klinik bagi mendapatkan rawatan perubatan, ibu tentu biasa membuat rawatan sendiri di rumah dengan menggunakan cara tradisional atau semula jadi.
Ada macam-macam petua dan kaedah rawatan semula jadi menurunkan suhu badan anak yang panas semasa demam telah dikongsikan sebelum ini dan salah satu cara rawatan yang mendapat perhatian adalah menggunakan telur rebus.
Eh! Telur rebus pun boleh kurangkan panas badan anak yang demam. Biar betul? Caranya mudah sahaja. Tak salah mencuba selagi ia tidak memudaratkan. Rawatan ini juga sesuai untuk orang dewasa.
1. Basuh telur dengan bersih dan rebus hingga masak sepenuhnya.
2. Kupas kulit telur dengan sebaiknya dan jangan sampai pecah.
3. Balut telur menggunakan napkin atau tuala bersih. Ketebalan kain untuk membalut berdasarkan suhu telur.
4. Golek-golekkan telur di seluruh badan anak yang demam terutama di kawasan yang panas. Golek selembut mungkin bagi mengelakkan telur pecah. Berbual dengan anak untuk memastikan dia boleh duduk diam sambil berdoa dalam hati supaya diberikan kesembuhan segera kepada anak.
5. Apabila telur sudah suam, boleh keluarkan daripada kain lapik. Anda akan nampak telur sudah mula menggerutu. Abaikan keadaan telur dan teruskan menggolek sampai telur sejuk (lebih kurang setengah jam proses menggolek telur).
6. Ketepikan telur dan biarkan telur dalam masa 10 hingga 15 minit. Kemudian pecahkan telur putih dengan berhati-hati. Anda akan nampak kuning telur menggerutu.
7. Sekiranya panas badan anak belum reda, boleh ulang lagi langkah-langkah di atas. Untuk kesan yang elok, telur itu makan lama makin kurang gerutunya. Anda boleh buat tiga kali rawatan dalam sehari.
InshaAllah dengan izin Allah SWT, selepas rawatan ini suhu badan anak akan normal kembali. Pastikan anda beri anak banyak minum air masak dan kerap mandikan dia.
Semoga bermanfaat untuk semua.
Kredit: fb kelab pakar hamil