Awal bulan haritu, lepas saya wat pap smear (baca
SINI) kan saya di minta buat rawatan susulan kat HKL.. sebab dorang jumpa ada benjolan kat breast belah kanan saya.. so lepas dapat surat rujukan dari klinik KK, esoknya saya ke HKL lah untuk dapatkan tarikh temujanji.. setelah hampir 40 minit menunggu, urusan saya pun selesai.. tarikh temujanji saya 18hb Mac beberapa hari yang lepas..
18 Mac saya pergi sendiri ke HKL sbb twins xde org jaga.. sya sampai awal.. ada 35 minit lagi sebelum kol 9.00 pagi.. so sya pun pergi lah sarapan dulu.. 5 minit sebelum kol 9.00 pagi sya dah tercongok kat depan bilik Pembedahan Am.. kira2 40 minit jugak lah saya menunggu giliran sya dipanggil..

"1039 Sila ke bilik 6" ... no giliran saya di panggil.. Firstly, rasa nak luruh jantung sya bila masuk dalam bilik 6 tu.. terkedu sya kejap.. aduhhhhhh...!!! DOKTOR LELAKI!!! perasaan malu belum lagi menyelubungi saya time tu.. lepas doktor ambil latar belakang sya utk rujukan, doktor minta sya baring kat tempat pemeriksaan.. Ya Allah.. tak tergambar rasanya perasaan saya waktu tu.. bukan sya tak pernah diperiksa oleh dokor lelaki tapi kali ni saya rasa lain.. Malu yang teramat!! rasa macam nak kansel jer pemeriksaan haritu.. tapi sya tak buat apa2 pun..just ikut jer arahan doktor n nurse yang membantu.. dan bila saat doktor mula periksa bahagian2 tersebut, air muka sya terus berubah.. rasa sya dah tak nampak apa2.. malu yang sgt2!! .. walapun pada firasat sya, doktor tu pun dah tak heran sbb dia doktor pakar bedah Gred 54.. dah beribu dan mcm2 bahagian yg dia dah belek.. kan.. firasat saya tu agak melegakan hati sya yang segan sgt2 lepas diperiksa.. nak keluar dari bilik pemeriksaan alahai hihi..
Tapi cool tetap cool.. buat selumber jerrrr.. ialah kan.. kalau ada duit boleh gi hosp swasta.. pilih doktor.. klau kat HKL rasa2nye boleh request ke? huhu..
Doktor tu bagitau yang sya kene buat ultrasound nak pastikan dgn lebih jelas.. so saya kena ke bilik X-tray pulak ambil temujanji utk wat ultrasound.. 30 minit menunggu.. giliran sya sampai.. appoinmnet bulan Julai nanti.. pastu naik balik kat Bilik Pembedahan Awam tu utk dapatkan temujanji dgn doktor tu balik lepas wat ultrasound tu nanti..
Semoga urusan berjalan dgn lancar.. Saya tak mahu nak pikir apa2 yang negatif.. belum ada keputusan yang tepat mengenainya.. semoga sya jauh dari penyakit tersebut.. Amin.