Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Friday, February 22, 2008

KuMON & MasalaH

Kumon accommodates each individual's unique ability and needs. Kumon promotes analytical and application skills. Kumon develops mental agility and concentration skills. Kumon builds strong self-confidence and character. Kaedah pembelajaran kumon memberi fokus kepada 'pendidikan individu', 'kemahiran belajar sendiri' dan kepakaran dengan ilmu pengetahuan. http://www.kumon.com.my

Hmmm.. nape tetiba citer pasal kumon ni ekk.. sebenarnya semalam aku gi Kumon Centre kat Jalan Ipoh. Masa mendengar Kumon Instructor bagi penjelasan tentang kaedah kumon ni, aku betul2 tertarik.. bayaran sebulan RM120 utk 12 thn kebawah.. registeration RM30 .. boleh tahan hehehe.. Kenapa aku ke sane ekk.. aku gi interview sebagai pembantu instructor.. nampaknya instractor tu berkenan dengan aku uwahuwahuwa... aku pun berkenan gak ngan instructor tu cuma.. yang menjadi masalah aku.. gajinye la.. aku kene tumpukan pada duit dulu sebab kami nak guna duit skrg ni.. nak byr tu..nak bayar ni..& macam2 lagi so.. apa jadi dengan jawatan tu? hmm aku akan pikirkan dalam 2 hari ni..

Ni ada lagi satu masalah aku.. masalah subjek Penyelidikan, aku nekad nak kansel subjek tu..aku dah pikir masak2.. aku tak boleh ikut rentak prof.. dia ajar tak complete.. aku tercanggak2 nak paham bab ni.. bukan aku jer..ramai camtu.. aku tak ikut orang, aku ikut hati aku jer..anyway aku kene kensel subjek tu paling lewat esok.

Tuesday, February 19, 2008

Happy Wedding Day Mureli & Fion

Kul 8.00 malam aku ngan husband & anak2 aku tunggu teksi kat bawak LRT tu..lama kami tunggu teksi takde.. kul 8.40 baru dapat teksi. Alhamdulillah. Kami nak pi Majlis Perkahwinan Mureli ngan Fion kat PGRM, Cheras. Sampai sane tetamu belum makan agi, Mureli ngan Fion tengah potong kek perkahwinan dorang. 18th February 2008 hari yang dinanti oleh rakan-rakan Mureli ngan Fion termasuk la aku.. cantik Fion dengan sarinya. Nanti bila dapat anak, sure anak dorang macam org melayu..hehehe macam anak-anak auntie kat sebelah umah aku ni.. aunty Chinese & husband dia Indian, sama lah macam Mureli ngan Fion nih.. Semoga you all berdua berbahagia, dan dikurniakan anak yang ramai serta kekal hingga akhir hayat. Menu dia, hmm.. husband aku sure lah suke..Nasi Briani, memang sedap! aku tengok husband aku makan..hmmm dasat hehehe. Dah feberet dia kan..ala mamak gitu, kari-kari-kari hehehe.. Achap pun dah ikut abah dia.. Bapak borek anak rintik ek.. suka sangat kari. Si adik lak, bagusnyeeee... dok diam jer, layan si Ruben dok usik dia.. padahal dia bukan nak ngan orang yang dia tak pernah tngok tu.. pas sesi gambar2, aku nak gerak balik.

Kul 10 malam aku dah gerak balik coz esok achap sekolah pagi, tak boleh tidur lambat.. dia nanti cari jalan arr camne nak ponteng..hehehe alaaa aku dulu pun camtu jugak.. tapi aku tak kasi chan punyer hehehe..kejamnye aku. sampai umah kul 10.45 malam, ok arr tu.. pas basuh kaki, tukar baju dia terus tido.

Wednesday, February 13, 2008

Pembubaran Parlimen Hari Ini

Berita 1.30 thari kat TV3, PM mengumumkan bahawa DYMM telah memperkenankan Pembubaran Parlimen dilaksanakan pada hari ini.. so wahai rakyat Malaysia!!.. ambillah peluang ini untuk mengundi.. UNDI lah mereka yang BENAR-BENAR LAYAK! ingatlah.. ini saje peluang yang ada untuk memilih..

Friday, February 8, 2008

BerSAntAi hiLaNGkaN StrESS

Hari ni mood aku tak baik, mayb coz aku tak cukup tido..so untuk pulihkan mood aku, aku ajak husben aku ngan anak2 pi jalan2 kat Titiwangsa.. bukan jauh sangat taman tasik tu dari umah aku.. dulu masa muda-muda aku ngan member aku selalu lepak situ, jalan kaki jer dari umah..




Mak aii ramainye orang kat taman tasik.. hari ni kan ke hari jumaat, mayb sebab cuti Tahun Baru Cina.. biasanya waktu petang2 lengang jer.. kami hampir terperangkap dalam kesesakan time nak pusing tasik cari parking keter.. aku suh husben u turn kat Kelab Golf Polis tu pastu masuk kawasan parking Tabung Darah Negara then terus gi Istana Budaya.. orang sini la kata kan tau la selok belok jalan situ.. hehe

Alhamdulillah dapat jugak kami parking kat ngan Sekolah Jalan Kuantan tepi Tasik tu.. kami terus gi tempat mainan kanak2.. so sapa lagi yang paling berbunga di hati? dah tentu si abang kan,, si adik masih lena dalam walker.. balik kul 7.30 malam then singgah kat pasar malam depan umah ni.. letihnya aku..tapi otak rasa lega sket.

Iklan