Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Wednesday, March 30, 2011

Poco-Poco Haram!

pic: pakarhowto

Itulah yang dinyatakan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.. Menurutnya Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak memutuskan bahawa tarian poco-poco adalah HARAM..

Kenapa??

Katanya sebab ada unsur-unsur kepercayaan agama Kristian selain pemujaan roh.. jadi haram bagi orang Islam mengamalkannya.

So sekarang makcik2 ngan kakak2 poco2 kat area umah mak aku tu carilah step lain kalo nak bersenamrobik macam selalu.. dulu dah ada orang kata tak boleh.. tapi tak caye..

Ini adalah perkara yang dilarang oleh hukum syara' kerana menyerupai mereka disebut oleh Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam dengan sabda Baginda:

Maksudnya: "Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia adalah daripada golongan mereka." (Hadis riwayat Abu Daud)

Menyerupai mereka dari sudut penampilan zahiriah sebagaimana yang dikatakan oleh Ibnu al-Qaiyim al-Jawziyyah merupakan satu jalan ke arah menyerupai mereka dari segi maksud dan perbuatan. Ia juga sebenarnya timbul atas dasar suka dan menganggap ianya adalah satu perkara yang baik. Apabila seseorang itu menganggapnya satu kebaikan maka cenderunglah dirinya untuk melakukannya. Apabila dia sudah melakukannya buat pertama kali nescaya akan diulanginya untuk kali kedua dan seterusnya sehingga menjadi adat atau kebiasaan kepada dirinya. Dengan itu akan lenyaplah nilai-nilai Islam di dalam dirinya itu.

Dari itu perbuatan menyerupai orang-orang kafir itu adalah sangat ditegah sekalipun tanpa tujuan meniru perbuatan mereka itu, demi menjaga iman dan aqidah umat Islam daripada terjebak ke arah perkara yang membawa kufur.

rujukan: hmetro & pakarhowto

Sunday, March 27, 2011

Alahai Anak Omak..

Satu ketika di rumah mak..

"mira, jom kita balik.." aku ajak anak aku balik umah..

"tak nak.. ada atuk kat depan tu".. mira seolah takut..

"nape? atok tak marah lah.." aku pujuk mira..

anak aku tu sebenarnya takut atok dia marah sebab dia pi bawak remote astro balik.. hehe.. sabar jer lah.. udah ler atok ngan opah dia tak reti nak menekan decoder ikut manual.. jenuh la atok ngan opah layan kartun sampai esok pagi hahaha!!! aku dok pikir, macamana nak ayat mira nih..

"mira! atok dah takde kat situ".. aku cepat bagitau anak aku.. padahal atok dia masih dok lagi kat sofa tu hehe..

"atok gi maner?" tanye mira kat aku..

"atok masuk bilik air.. cepat lah!" aku cakap sambil tarik tangan mira keluar..

"opah ader.."mira still takmo keluar..

alahai..opah pulak dah..

"opah tak marah lah! cepat lah.. mama nak balik dah ni.." aku tinggi kan suara sikit.. tapi sikit pun anak aku tak menguit dari tempat dia..

"haaa.. jom jom jom.. opah pun dah takde, cepat lah" aku desak lagi..

"opah gi mane?" ishhh.. banyak pulak soal jawab anak aku nih.. secara spontan keluar idea nih..

"opah pegi bilik air, cepat la.." aku dah bosan memujuk..

mira cepat2 bangun.. pastu dia pandang aku..

"mama.. atok ngan opah kencing sama-sama ke?"

"erkkkk..." aku terlopong kejap.. adik aku dok tergelak2 bagai nak rak tengok muka terkejut aku.. sebenarnya dia pun terkejut bila mira tanye soklan macam tu kat aku..

adoiiiii,, macamana ler dia leh pikir yang tu pulak.. aishhhhh.. sedangkan alasan2 aku bagi tu just nak bagitau yang atok ngan opah dia dah pergi tempat lain.. yang aku pun mcm ler takde alasan lain yang nak bagi.. sesak napas aku kejap.. terpaksalah aku explen yang atok dia masuk bilik.. tidor.. opah jer yang masuk bilik air.. sengal aku kejap.. len kali aku kena berhati2 bila bercakap.. mira oh mira..

Thursday, March 24, 2011

11 jam tanpa henti

Itulah catatan terbaik aku mengadap tesis.. masa aku wat spss aritu pun takde ler seteruk ini.. aku ingat nak siapkan part isi kandungan tu macam alaaa kacang jer.. tapi tau tak.. kat situ jer aku amik masa 4 jam.. itu lah, jgn pandang ringan benda2 macam tu.. pastikan pada sesiapa yang membuat tesis, aku nak nasihatkan.. spend 1 day untuk siapkan surat2 cinta kat dpn tesis tu.. termasuk abstrak, kandungan jadual, kandungan carta, kandungan rajah, lampiran, rujukan.. semuanya kena buat dengan teliti.. dan alhamdulillah aku berjaya menyudahkannya..

Malam ni jugak aku hantar runner gi pos laju.. sape lagi runner aku.. my love husben ler hehe.. tengkiu cayunk.. tesis tu mesti sampai sabtu.. tu date submitted.. klau aku post esok, aku takut tak sampai kat Dr. sabtu tu.. nanti kena potong markah beb hehe.. so now aku nak rehatkan otak kejap dari dok ngadap buku bagai.. minggu dpn baru aku nak start siapkan 3 lagi assignment yang nak kena submit weekendnye pulak.. adess.. teruk aku sem ni.. hidup lintang pukang dengan tesis, assignment, class bagai.. lepas jer viva aku nak gi holiday.. nak holiday jugak!!

Perut pun lapar semacam nih.. tadi dah makan nasi lemak lauk sotong.. bagus malam2 makan nasi lemak hehe.. dah berhari2 mkn lauk beli.. tak sempat nak masak huhu.. now ngah tunggu beehun sup pulak.. runner tak balik2 lagi nih.. nasib sempat pesan tadi hehe.. jom layan CityVille.. #$#*^&$#@^

Wednesday, March 23, 2011

Jangan Tunggu Dalam Kereta

Dah tak selamat dah.. terutama wanita dan kanak-kanak.. perompak hari ni semakin berani.. bukan setakat buat kerja malam.. buat kerja time siang2 pun berani ko!

Baru2 ni kita dikejutkan lagi dengan berita perompak larikan keter yang ada budak dalam keter tu.. dah berkali2 berlaku tapi macam ada di antara kita yang amik mudah jer.. kali ni berlaku kat unser kaler merah dalam kol 8.oo malam... dalam unser tu pulak ada anak tuan punya keter.. umo 4 tahun.. nasib ler dapat balik anak ngan keter tu lepas 4 jam.. bayangkan lah keadaan mak bapak budak tu dalam tempoh tu.. terutama mak nye.. kalau aku? ntah lah.. takut aku nak bayangkan.. aku baca berita tu pun buat aku titis air mata membayangkan situasi si emak..


pic: hmetro

Kejadian kedua ni pulak berlaku pada kazen aku 3 minggu lepas.. dia baru beli keter Honda jenis ape ntah dalam 3 bulan lepas.. kaler putih.. cantik ko... tapi malangnya kereta dia disamun oleh penyamun sebangsa yang tak berhati perut.. 3 orang buat kerja tu.. masa tu kazen aku ngah tunggu husben dia beli barang.. dia stay dalam keter.. bukan malam beb.. siang tu.. kol 4.00 petang kat Tanjung Karang.. 3 penyamun tu siap bawak parang bagai.. nasib husben kazen aku nampak, terus tarik kazen aku tu keluar.. pastu penyamun2 tu blah arr bawak keter kazen aku.. dorang dah wat report dah.. yang penting kazen aku selamat.. dah la mengandung.. kesian dia.. trauma sesgt dia pastu..


ini lah keter kazen aku yang kena samun tu..

so sapa yang ada ternampak ke kan.. roger2 lah polis k.. tapi aku rasa kalau dah sampai hari ni, bangkai keter pun dah takde kot.. tapi ntah la..
so uols.. berhati2 k..

Wednesday, March 16, 2011

Jom Makan Siput Pepahat @ Siput Buluh Berlada

Selesai sudah makan malam kami sekeluarga sebentar tadi.. malam ni special sikit lauknya.. sebab tu kena postkan kat sini hehehe.. Siapa penah makan siput buluh? sesetengah orang panggil siput pepahat @ pepahat? haaa.. ni nak share resepi simple punye.. Siput Buluh @ Siput Pepahat Berlado .. fuhhh!! nama terbaeeekkkk!!! kuikuikui..

Kalau aku masak, aku main campak-campak jer.. takde ikut sukatan metrik.. ikut suka hati aku jer .. sesedap rasa dan sesedap mata memandang .. boleh gitu? hehe..

Langkah pertama:

Goreng bawang besar ngan bawang putih.. kalau ikutkan sebenarnya kena goreng bawang besar dulu sebab bawang besar lambat garing.. bawang putih kan senang garing.. tapi disebabkan aku kesuntukan masa, anak2 pun dah kelaparan, aku masukkan aje hehe.. goreng sampai nampak garing hehe..

Langkah kedua:

Masukkan pes cili yang dah diblenkan dgn bawang ngan bawang putih jugak.. pes cili ni aku mmg simpan siap dalam peti ais.. senang nak masak..

Langkah ketiga:

Ce ce tengok gambar bawah ni... goreng ler cili tu sampai garing.. pastu masukkan siput pepahat tu.. golek2kan dan masukkan garam, gula dan perasa aji secubit.. pastu tutup kuali tu ngan penutup.. biar 10 minit.. walllaaaah!! sudah siap!!

ni ler caranye..


Siput Pepahat yang mentah..


haaa.. ni la Siput Pepahat @ Siput Buluh Berlado ..

yummy!! clear semangkuk besar suami ngan anak2 aku makan..
bluuuurrrppppp!!!! Alhamdulillah..

Kesan Radiasi Pada Manusia

Ada banyak kesan sebenarnya.. tak percaya? tengok saje apa yang berlaku masa tragedy Chernobyl.. kalau uols nak tau citer sebenar Chernobyl tu pi ler google.. sure jumpa punye.. dua citer besar ni sebenarnya aku penah wat assignment awal tahun lepas.. so tu ler sebabnye aku tau apa yang berlaku ketika itu..

Yang ni pulak mungkin korang dah baca kat paper..

Antara kesannya jika terdedah pada skala tertentu:

  • kalau korang terdedah pada radiasi berukuran 100 Rems -> merosakkan sistem peredaran darah.. nanti korang rasa macam nak selsema..
  • kalau korang terdedah dengan radiasi berukuran 200 Rems -> rambut gugur, rosak saluran usus dan paling teruk boleh rosakkan saluran peranakan..
  • kalau radiasi 1000 - 5000 Rems -> boleh bawa mati sbb rosak pembuluh darah
  • kalau terdedah pada radiasi lebih 5000 Rems -> boleh bawa mati jugak sbb sel otak rosak, dan sel saraf mati

Kesan awal:
  • Rosakkan seluruh kelenjar tiroid
Kesan Jangka Panjang
  • Hidup dalam tempoh 10 tahun
  • mungkin kena leukimia dan barah

Semoga kita semua tidak terdedah kepada bahaya radiasi.. dan aku harap plant nuklear kat Jepun tu tak mengeluarkan radiasi yang lebih teruk.. dan harap semuanya akan pulih semula secepat mungkin..

Tuesday, March 15, 2011

Mungkinkah Tragedy Bhopal & Chernobyl Berulang Kembali,,


video


Sangat menakutkan ketika ini bila letupan demi letupan di loji di Jepun meletus satu-satu dan membebaskan radiasi yang kini ditahap membimbangkan.. Rakyat Jepun di minta tidak keluar dari rumah takut kena radiasi.. aku teringat tragedy bhopal ngan chernobyl.. Ya Allah kesannya berpuluh tahun.. baby dalam kandungan cacat bila keluar, mayat bergelimpangan di sana sini, mata menjadi buta.. macam2 lah kesannya..

Ingat! bila radiasi ada perkara pertama yang perlu kita buat adalah duduk di rumah.. seal tingkap, pintu dan semua lubang2 yang angin boleh keluar masuk dalam rumah termasuk aircond.. seterusnya, basahkan kulit kita dengan kain basah, agar tak kering.. lembabkan mata kita juga sebab mata mudah sakit disebabkan radiasi.. makanan yang terdedah jangan makan! sayuran atau buahan pun jangan sentuh.. ikutkan banyak benda yang tak boleh kita buat ketika itu..

Jom kita tengok tragedy di Bhopal satu ketika dulu.. Menitis air mata aku bila tengok mereka2 itu menderita..

Monday, March 14, 2011

Aku @JB Part4

Misi semester ni alhamdulillah dapat aku teruskan kali ke-4.. sekali lagi aku ke JB sebagai memenuhi jadual aku sebagai seorang pelajar.. tapi kali ni agak berbeza sikit.. aku ke sana bersama ke2-2 anak aku, husben aku, dan bertemankan kawan2 aku liza ngan noni.. kali ni nora datang berasingan sebab dia ada hal..

Sabtu tu, kami gerak awal.. kol 8.00 pagi.. dan bersarapan di R&R Air Keroh.. dan kami selamat sampai depan Schollar's Inn UTM kol 12.30 tengahari.. oleh kerana aku bawak family sekali, husben aku suh aku booking 1 lagi apartment semalamnya.. nak dijadikan cerita.. semalamnye tu encik yang incharge kat Schollar's Inn cakap nama aku takde lam senarai booking.. adoooiiiii!!!! ape hal nih!!!... lepas 10 minit, encik tu kol balik.. fuhhhh!!!! nasib ada, sabo jer ler..

Sabtu tu kami sampai awal sikit.. dapat ler aku tido setengah jam sebelum ke kelas hehe.. "arghhhhhhhhhhh.. malasnyeeee!!! penat!!" tapi aku gagahkan juga saki baki semangat yang ada ni.. kalau semangat aku takde ni, ntah ler... pastu aku dapat msg dari Dal..

"Dr balik Skudai hari ni.. wat lah appoitment ngan Dr.. leh jumpa dia"

mcmtu ler lebih kurang bunyik nyer.. wah aku kabarkan berita tak berapa gembira tu kat liza.. hahahaha!!! jangan salah paham.. aku tak gembira sebab aku tak bawak apa2 pun bahan tesis baru nak tunjuk kat Dr.. dan liza pun sama.. sebab ingat Dr tak balik lagi.. tapi liza ok lagi sebab bahan dia dah email kat Dr.. aku? so nak tunjuk apa kat Dr.. uwaaaaa.... pastu pulak Dr msg..

"nanti bawak msg2 punye psm print yer.. "

ni jer yang aku bawak.. questionnaire yg dah berjawab hehe..

adeeehhhhhh!!! nasib ler Dr very the memahami.. memahami kebizian kami.. kami cerita problem kami kat Dr.. Dr msg lagi..

"
takpe.. uols bawak apa yang ada.. jumpa malam ni kol 8 k.."

apa yang ada? aku ngan liza geleng paler jer baca msg Dr... tapi perjumpaan dgn Dr malam tu sangat sukses.. Dr yang print bahan liza tu kuikuikui.. lama betull.. hehe.. kejap kami ketawa.. kejap kami serius.. kejap kami kecewa.. kejap kami melopong.. dan macam2 aksi ler sepanjang jumpa Dr tu.. thanks yer Dr.. luv uu!!

Yeaaahhhhaaa!! dah boleh zzzzzzzz.... aku ngantukz sangat malam tu.. lepas makan KFC, aku cuba ngadap tesis aku.. tapi aku tak mampu!! akhirnya aku terlena..

Ahad
Aku tak ke mana.. bersantai2 jer ngan anak2 aku.. liza datang kejap discuss pasal assignment TNA ngan OD kami tu.. yang selebihnya aku zzzzzzz gehgehgeh!!!.. balik kami singgah JJ kejap.. shopping2 n makan2.. pastu gerak balik KL.. alhamdulillah kol 8.00 malam kami sampai KL.. lepas hantar liza ngan noni kat Putra stesen kami singgah gi umah mak.. gi makan hehe.. jimat sikit hahahaha!!!!

Sampai umah apa lagi.. tak mandi, tak kemas apa.. aku terus lenaaaa.. terjaga tadi pun dah kol 12 malam.. kemas2 umah, hambat anak2 suh tido.. pastu ni lah.. ngadap pc.. mulakan dengan.. fb pastu blog, pastu CityVille.. pastu hahaha.. ngantukz ahhhhh.. nak zzzzzzz pulak!!! woiiiii atie!!!! bila tesis ngan assignment nak siap nih!!!! hehehe tu keluhan aku lam hati kuikuikui.. takde makna nye nak keluh kesah.. sendiri ingat ler bila dah sampai dateline nanti hahaha!!!! Selamat malam!

Thursday, March 10, 2011

Keputusan Terkini Pakistan vs Malaysia

Perlawanan bola sepak Kelayakan Olimpik 2012 antara Pakistan dengan Malaysia menarik ribuan peminat bola sepak menanti dengan penuh sabar detik penentu pukul 11.00 malam tadi.. impian rakyat Malaysia untuk menyaksikan secara LIVE perlawanan tersebut kat Astro Arena hancus berderai.. bilamana dalam laporan media kata berlaku masalah teknikal di sana.. walau bagaimana pun..

MALAYSIA LAYAK ke Pusingan ke-2
Pakistan 0-0 Malaysia..
update dari FootballPakistan.Com (FPDC)



Syabas Harimau Malaya!!!

Tuesday, March 8, 2011

Kerana Mu HeartBeat..

Sape ada HeartBeat Banner kat dia punye belog ekk.. cantikkan.. kaler pink lagi.. dengan keterujaan kaler tu aku pun bukak ler akaun HeartBeat.. menariknya kita boleh order macam2 kat situ..

tapi ada yang tak menariknya.. aku bukan ape.. aku tak kisah pun kalau korang suh aku klik ke ape ke.. tapi jangan ler korang letak link HB ni direct kat shoutmix nick korang.. bila aku klik dengan niat nak bermesra dan berkenalan tetiba masuk terus ke sana ke HB.my.. sekali ok ler.. ni siap 2x dengan nick lain lak tu.. walaupun aku dah agak dah yang nick ke-2 tu benda yang sama tapi aku tetap klik jugak.. korang yang buat ni tak rasa ke tipu org lain dgn ayat2 seolah2 korang dari blog korang..

kaler pink..


nanti korang dapat duitkan dari klik tu.. pastu korang gi sopping kan.. atau gi makan2.. tak rasa ke lain macam dgn duit tu.. halal ke haram ke aku tak tau.. tu korang pikir ler sendiri.. tapi cuma tak best arr korang buat macam tu..

so.. marilah kita berblog dengan berhemah hehe.. zaaaaaaaaaaas!!!

Sunday, March 6, 2011

Steamboat nye di sini der..

Hihihi!! dah ada yang bertanya.. mana steamboatnye.. haa ni n3 sambungan makan malam semalam.. lepas masak, aku terus bersiap2.. gi jumpa kawan2 pastu layan steamboat puas2.. jom layan mata gehgehgeh!!!

meriah sangat..

udang ngan sotong awal2 dah terjun dalam periuk..


a part of my luv


penuh meja beb..

Masa plan semalam rasanya dalam 5/6 orang jer yang confirm.. alih2 ada 10 orang.. aku happy sangat.. meriah sangat.. terharu pun ada.. sebab kami still rapat macam dulu jugak..

"guy's jom pi class.. pastu kita gi karoake ekk hehe.."

aktiviti kami lepas class dulu.. atau time ponteng class.. opssssssss!!! zassssssssss!!!!

Saturday, March 5, 2011

Menu Malam ni.. Steambot vs Udang Galah

Malam ni dalam kol 8.00 malam aku ada mini gath dengan budak2 batch aku masa dip dulu.. takde lah ramai.. dalam 5/6 orang jer.. alhamdulillah kami still keep in touch hingga hari ni.. dah 5 tahun berlalu hubungan kami masih lagi akrab.. kesebukkan tak menjadi halangan untuk kami bertemu.. semoga hubungan ini sentiasa akrab hingga hujung nyawa..insyallah..

Tapi sebelum aku keluar malam ni, aku dah siap-siap masak untuk makan malam anak-anak dan husben aku huhu.. menu ringkas jer..

ikan goreng berlada sebenarnya.. lom gaul lagi..


ni lah lado nye.. kedai makan minang biasa arr jumpa masakan ni..

ni special sikit.. berenang2 dalam kuali... udang galah superb!!

Ini lah dia.. sebahagian udang galah yang berenang2 tadi..

ok.. siap!! so senang lah hati aku sikit bila kuar nanti hehe..

Friday, March 4, 2011

Aku @JB Part3

Hari ni dah 4 hari aku balik dari JB.. baru ada mood nak wat n3 pasal aku kat JB.. ni siri ke 3 aku ke JB dan alhamdulillah perjalanan kami ke sana berjalan lancar.. seperti yang lalu, aku ke sana kali ini ber5.. tabik spring kat member aku NOra.. dialah yang drive pegi dan balik.. aku tau dia penat.. thanks yer dear.. dan alhamdulillah sorang lagi member aku Dal berjaya menggerakkan kereta si NOra sepanjang dalam kampus UTM.. bukan keter tu rosak tapi dia berjaya sebagai driver ke-2.. takde lah penat si nora amik anto kami merata2..

Sabtu

Sebaik sampai Scholar's Inn dalam kol 1.15 ptg kami terus check in.. sempatlah landing2kan badan dulu sebelum gerak ke class.. Alhamdulillah class hari sabtu tu aku berjaya habiskan dengan mood yang sangat selesa.. takde terlalu penat.. balik tu nora amik aku, kami terus ke JJ.. makan2 kat Johnny.. masa aku gi class, dorang sempat shopping lagi.. hehehe cayok2x!! lepas makan, sempat jugak aku gi jenguk kedai BATA.. hehe cari kasut yang aku berkenan tu.. tapi takde saiz ler :( xpe2.. nanti balik kl aku carik lagi.. kat JJ aku sangat berhati2.. aku takut aku rasa nak pitam macam haritu.. aku takmo spoilkan mood kawan2 aku.. so time dorang ronda2, aku banyak lepak2 jer.. tungggu ler aku sihat betul2 nanti hehehe.. akan ku jejaki semula SOGOku dan sewaktu dengannya kehkehkeh.. sebelum balik apartment aku sambar ZingerBurger kat KFC untuk bekalan makan malam aku huhuhu..

posing mesti..

cam sedap jer eskem tu.. aku takleh makan lagi..
takut sejuk.. tunggguuuuu!!

Malam: paling best lah.. member2 aku wat facial mask treatment dengan telur & tepung gandum.. tanpa bahan pengawet tu hihihi.. ketua dia sape lagi.. si Nora ler.. sorang2 dok menempek mask kat muka.. kelakar gile ko!!! aku dok gelakkan kawan2 jer.. muke sorang2 dah muke macam penyamun jer hahahahaha!!!!!! aku tak join sekali.. sebab nanti muka aku gatal2.. so aku ler jadi tukang amik gambar dorang dengan gelak ketawa aku yang tak henti2 tu..

hahahaha!!! superrrr!!!!

4 orang geng penyamun.. hahaha!!

time nak tanggalkan mask ni lagi superbbb!!! hahahahaha!!!!! takleh hengattttt!!!
liza: adoooooooooooiiiiiii!!! sakiiiiit la kak nak tanggal!!!
dal:sakit beb.. adehhh!!!
norni:ssssssuuurrrrr...!!!!
nora: allaaaaa sikit jer... sakit tapi sedappp kan...kahkahkah!!!!
aku: hahahahahaha!!!!! dok gelak sampai sakit tekak!!

Ahad

Awal2 kami bersiap.. nora ngan norni nak ke class.. aku, liza ngan dal lak nak ke library... ingatkan aku malas nak gi.. tapi bila teringat cerita Encik Mok lam class semalam,, aishhhh takleh takleh.. kene follow gak.. hahahahaha!!! penakott!!!!! kat library aku siapkan sikit2 tesis aku tu sambil2 cari bahan untuk assignment baru.. kami check out lewat.. kol 2.30 ptg.. siap pihak scholar's call lagi tanye pasal check out hehehe.. nak wat camner, class dorang habis lambat.. lambat ler kami chek out.. nasib ler pihak scholar tak kesah sgt.. tq yer.. kami terus gerak balik then singgah kat Machap R&R makan.. kami sampai kl dalam kol 7.30 malam.. alhamdulillah.. thanks sekali lagi kat nora sebab bawak kami semua balik dengan selamat..

Thursday, March 3, 2011

Bila kepala dah berat..

Adeh.. dah mcm berminggu-minggu aku tak update blog aku nih.. Itulah dia penangan tesis hikhik.. nak update pun malas..

Aku dah berkali-kali jumpa penyelia.. ada saja yang aku kena betulkan.. nampak sangat yang aku ni tak memahami apa yang dia nak huhuhu... naik lebam bijik mata aku nih dok mentelaah buku.. TENSION!!

Dalam kelat melat muka aku dok menyiapkan tesis tu, terjeling lak aku kat satu petikan dalam fb (sambil on fb ko, mcmana ler nak faham tesis tu kuikuikui).. petikan yang buat aku tergelak seketika.. wahhhh!! release tensi aku kejap hehe.. jom layaaan..

(..mayat..)

Cikgu: Hassan.. sambungkan dua ayat ini menjdi satu..

"Ali menaiki basikal ke sekolah Ali ternampak mayat"..

Hassan: baik cikgu, saya sambung sekarang yer..begini bunyinyer..

Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah, cikgu..

Cikgu: kepala hatuk mu Hassan..

ape ke bengap betoi anak murid aku sorang ney...

Iklan