Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Tuesday, June 25, 2013

JEREBU Di Rumahku

Dah macam kat genting jer area umah saya ni waktu pagi.. cuaca yg redup dan berkabus.. kalau kabus kat genting nun hah best la.. ni kabus yang tak sihat.. aduhai.. kalau kita yang org tua tak tahan, kesian kat budak2.. terutama kat si kembar hazim haziq.. haziq sampai serak tak bersuara dia.. air masak macam sakit jer masuk dalam tekak haziq.. saya cuba bagi teh bunga kurang manis yang dalam kotak tu.. alhamdulillah haziq mau minum.. walaupun byk yang diluah, tapi xpe saya bagi dia selalu.. hari ni dah boleh makan nasi macam biasa.. syukur.. nasib si abg hazim ok jer.. tapi tetap sya jaga makan minum hazim..

Bab sekolah lak, semalam isnin dah diberi cuti sekolah oleh kementerian.. selasa terpulang kat ibubapa la pulak kata kementerian.. ibu bapa berhak nak larang anak ke sekolah.. hurmmm.. abg achap dah tentulah nak cutikan.. takpe.. tengok cuaca esok pagi camne.. paling syok dah tentu kak mira.. hari ni pun dapat sms dari cikgu zahara bagitau sekolah tutup esok selasa.. sekolah PASTI WPKL sahaja yer hehe..

Harap jerebu segera hilang dan keadaan kembali sediakala.. arahan kata "tutup tingkap dan pintu rumah" aduhaiiii.. panas gile dok lam umah camgitu.. dah tak jadi rumahku syurgaku dah.. rasa2 macam lagi selamat dok kat SOGO kan.. ada aircond.. hihihi..

Semalam, saya cuba pakaikan mask kat si kembar.. alhamdulillah si abg ok jer.. cuma si adik memula tu menangis x mau.. tapi lama2 ok dah..sekali tu jer lah.. pastu takde nak nye.. 2-2 nangis hihi..

Iklan