Jom tengok apa ada..

Iklan

Friday, March 16, 2012

Kek Lapis Kukus Chocolate Chips


Aku terjumpa resepi kek lapis ni la pulak kat blog kak Ayu@curlybabesatisfaction.. banyak resepi lain kat sane.. pi ar jalan2 intai2 resepi mana yang minat kat situ hihi.. macam aku, mula2 tengok gambar kek ni jer, terus terpesona .. kena cuba ni untuk next plan.. :)

Kek Lapis Kukus Chocolate Chips

Bahan:- (loyang 10x7)

  • 5 biji telur - grade A yg sejuk (dr peti ais)
  • 225 g gula halus (1 cwn rata + 2 sb rata)-(kak ayu guna 1 cawan rata jer)
  • 220 g tepung gandum (2 cwn rata)
  • 1 sk rata baking powder
  • 1 sb ovalette
  • 150 ml susu cair
  • 1/2 sk garam
  • 100 ml minyak jagung/masak - (inipun kak ayu kurangkan sikit)
  • 1 sk esen vanila
  • chocolate paste (emulo) untuk lapisan coklat
  • secukup chocolate chips untuk taburan

Cara-cara

  1. Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk mixer kecuali minyak, chocolate chips dan pewarna.
  2. Pukul adunan hingga sebati dan gebu. Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dengan senduk atau spatula hingga sebati.
  3. Loyang di alas kertas dan sapu minyak. Ratakan adunan pertama dan tabur secukupnya chocolate chips dipermukaannya dan kukus selama 5-7 min. (Kak Ayu kukus selama 15-20 min) dalam kukusan yang telah dipanaskan dulu.
  4. Buat hingga habis lapisan seterusnya dan tabur chocolate chips dan kukus. Untuk lapisan yang akhir, kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.
  5. ***untuk membahagikan sama rata setiap lapisan, kak ayu ambil 4 senduk lauk dan bahagikan kpd 5 mangkuk dan warnakan. ( tapi this case, just asingkan 2 mangkuk saje)
  6. Setelah kek masak biarkan di dalam loyang selama 10 min kemudian dibalikkan di atas redai kek supaya sejuk.

2 comments:

♥ suE said...

erkkkk, ingatkan dah wat kee...mane kek nye...nak rase gak...

atie aizam said...

@suE: resepi ni belum cuba lagi.. esok lusa kot.. ada bahan yg xde.. huhu

Rakan Blogger

Dapur Blogger

Belajar Buat Kek

  • Kailan Goreng Tauhu Jepun - Mr Hubby cakap dah lama kita tak beli sayur kailan..asik sawi, kangkung atau bayam aje ..kita bukan apa malas nak beli sayur kailan sebab tak berapa taha...
    1 day ago
  • PULUT KUNING - As-Salam semua. Dah lama rasanya tak mengupdate blog ni. Rasa mcm sayang gitu kalau nk ditinggalkan begitu saja ataupun ditutup terus. Maklumlah, dunia sib...
    4 months ago