Jom tengok apa ada..

Iklan

Tuesday, October 18, 2011

Jom Namakan Pewaris Simpanan KWSP


Pewaris... hurmm.. agak2nya siapa yang layak jadi pewaris duit kita dalam KWSP ekk.. adakah ibu kita, adakah ayah kita? adakah suami kita? adakah isteri kita? atau adakah anak-anak2 kita? biasanya kalau si isteri sangat sangat elakkan letak nama suami sebagai pewaris duit kita dalam KWSP.. betul tak? hihi.. sebab aku penah terpikir dulu, sapalah yang sesuai agaknya.. last2 aku letak nama MAK.. tapi tau tak korang.. sebenarnya kesian kat MAK kita nanti bila dia terpaksa ke sane sini untuk uruskan tuntutan KWSP kita bila kita dah takde.. dulu aku tak sedar pasal tu.. sehinggalah aku dengar kat TV3 pasal Penama Waris KWSP.. sebenarnya duit kita dalam KSWP akan diagihkan mengikut faraid yang telah ditentukan.. Penama waris itulah yang akan menguruskan segala urusan tuntutan dan pembahagian simpanan yang ada..

Andai kata kita letak nama anak2 kita yang waktu ni masih kecil.. duit dalam tu hanya boleh diuruskan bilamana usia anak2 kita menjangkau 18 tahun nanti.. bayangkanlah kalau dalam tempoh nak sampai 18 tahun tu, anak2 kita menghadapi kesulitan dalam hidup.. mana nak cekau duit..

So kepada yang belum menamakan Pewaris KWSP, segeralah berbuat demikian.. macam yang diseru oleh org kuat KWSP hari ni..

KUALA LUMPUR - Semua ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), khususnya mereka mempunyai sekurang-kurangnya RM3,000 dalam simpanan, perlu menamakan waris kepada simpanan mereka.

KWSP berkata, tanpa penamaan keluarga atau waris terdekat pencarum meninggal dunia terpaksa melalui proses sukar dan memakan masa untuk menuntut simpanan ahli.

“Ahli mempunyai sekurang-kurangnya RM3,000 dalam simpanan KWSP dan belum membuat penamaan waris harus menyahut seruan ini. Amaun ini cukup besar untuk disalurkan kepada tanggungan mereka,” kata Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar dalam keny:ataan di sini. semalam.

Menurutnya, proses penamaan waris hanya mengambil masa beberapa minit di mana ahli hanya perlu mengisi Borang KWSP 4 .

Nik Affendi berkata, tanpa penamaan, waris perlu mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir, Sijil Probet atau Perintah Pembahagian bagi menyokong tuntutan simpanan ahli yang meninggal dunia.

“Langkah itu bagi mengelak penipuan dan memastikan simpanan diberi kepada yang berhak,” katanya.- Bernama

4 comments:

munna said...

munna blm buat penama lagi lah...siapa ye yg sesuai sbg penama...

atie aizam said...

@munna: ada masa nanti munna pi lah buat.. senang utk anak2 nanti.. siapa? hihi.. ikut munnalah..

kakyong said...

kakyong ingat kali terakhir kakyong buat penamaan masa kakyong umur 18 tahun.. masa kerja sebelm masuk matrik... masa tu letak nama mak..

so stepnya cuma isi borang jer yer.. g kwsp.. x perlu nak surat akuan @ tandatangan tok penghulu (bg org tak bekerja ni)..?

harus lah g buat nih..

atie aizam said...

@kakyong: mmg senang jer kak.. tpi ramai yg tak buat tu mayb faktor masa kot..

Rakan Blogger

Dapur Blogger

Belajar Buat Kek

  • Chocolate Sourcream Cake - Assalam, cuti sekolah bulan December ni, tentu ramai teman2 yang dah pergi bercuti..diawal bulan atau diawal permulaan cuti sekolah dibulan November kemar...
    8 hours ago
  • PULUT KUNING - As-Salam semua. Dah lama rasanya tak mengupdate blog ni. Rasa mcm sayang gitu kalau nk ditinggalkan begitu saja ataupun ditutup terus. Maklumlah, dunia sib...
    6 months ago