Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Monday, October 26, 2009

Kuliah Semester 1 0910 Sampai Di Penghujungnya..

Class semalam merupakan class akhir untuk semester ni.. semester 1 tahun 2009/2010 .. alhamdulillah, walaupun semester ni penuh dengan rintangan kemalasan, akhirnya tamat jua dan ini jugak menandakan yang aku akan berhadapan dengan tugas akhir semester ni huhuhuhu apa lagi exam la.. tarikh akhir exam aku 7hb dengan itu selagi tak sampai 7hb malam selagi tu lah aku dalam keadaan yang serabut.. AMARAN!!! jauhkan diri dari orang serabut ni! sebab ape? aku cepat marah kalo aku tengah serabut ni hehehehe.. susah nak kawal hormon marah aku time time gini.. tapi takde lah sampai baling pinggan mangkuk.. marah aku setakat bebel jerk.. tapi bebel aku bukan bebel kosong.. bebel aku bebel bersambungan dan biasanya takde sape yang tahan mendengarnya.. astaga!!

Hmm.. niat aku nak balik 24hb depan untuk sambut raye haji ngan mak abah mertuaku kat kedah nampaknya terpaksa ditangguhkan selepas raye.. sebab aku baru jer dapat panggilan temuduga kali kedua spa.. so peluang yang datang jangan disia-siakan kan kan kan.. dapat tak dapat keje tu soal no 2 janji aku usaha nak dapatkannya.. insyallah..doakan aku berjaya key..

Thursday, October 22, 2009

Kebesaran Tuhan

Sejak kebelakangan ni banyak kejadian aneh berlaku di muka bumi.. Itulah Kebesaran Tuhan.. Adakala Dia menduga, adakala Dia mengingatkan, adakala Dia memberi amaran.. Allah Maha Berkuasa, Allahuakbar 3X..

Kat sini aku paparkan sekali satu kejadian di luar negara..

Ayat suci di badan bayi




MAKHACHKALA: Seorang bayi Dagestan membingungkan doktor apabila ayat suci al-Quran ditemui pada tubuhnya.

Ibu bapa kanak-kanak berusia sembilan bulan itu, Ali Yakubov, berkata mereka terkejut apabila perkataan Allah timbul pada dagunya sejurus selepas dia dilahirkan.

Sejak itu, beberapa ayat suci dalam bahasa Arab muncul pada belakang, lengan, kaki dan perut Ali.

Keluarganya mendakwa, ayat lama akan hilang dan ayat baru pula muncul.





Biasanya, ia berlaku dua kali seminggu, iaitu setiap Isnin dan malam Jumaat.

Pegawai perubatan berkata, mereka tidak dapat menjelaskan kejadian misteri itu tetapi menolak kemungkinan ditulis seseorang pada kulit kanak-kanak itu.

Ibunya, Madina, berkata dia dan suaminya semakin patuh dalam melakukan suruhan agama selepas kejadian itu.

Madina dan suaminya pada mulanya tidak menunjukkannya kepada sesiapa penemuan itu sehinggalah baru-baru ini apabila perkara itu didedahkan kepada doktor.

Ali kini menjadi tumpuan masyarakat Islam di Dagestan.

Anggota Parlimen tempatan, Akhmedpasha Amiralaev, berkata kanak-kanak itu adalah tanda kebesaran Tuhan.

“Allah menghantarnya ke Dagestan dalam sebagai tanda untuk menghentikan keganasan dan ketegangan di negeri kami,” katanya.

Menurut Madina, Ali biasanya meragam apabila kejadian aneh itu berlaku.

“Dia akan menangis dan suhu badannya meningkat. Sukar untuk memegangnya ketika itu.

“Tubuhnya pula bergerak aktif, memaksa kami meletakkannya dalam buaian.

“Sungguh sedih melihat dia menderita ketika itu,” katanya.

Seorang imam tempatan, Abdulla, memberitahu penduduk tempatan, memang ada ayat dalam al-Quran yang menyatakan, Tuhan akan menunjukkan kekuasaan-Nya di pelbagai tempat dalam dunia, selain pada diri manusia sendiri untuk membuktikan bahawa al-Quran itu kitab yang benar.

“Kejadian itu tidak sepatutnya disembunyikan,” katanya. - Agensi

Sunday, October 18, 2009

Open House Di Ujung Minggu

Open House.. Syawal sebulan so open house pun sebulan jugak ler hikhikhik.. adat orang bandar.. kat kampung camtu jugak ke ekk? tak pasti pulak aku.. tapi bagus jugak kan.. kalau tak buat opeh house payah kita nak gi umah rakan dan sanak saudara ni.. ada saje halangan..

Minggu Lepas : OPEN HOUSE UMAH IDA/ABANG NAN KAT KLANG

Minggu Sudah : OPEN HOUSE UMAH ZIRA KAT KAMPUNG MELAYU AMPANG

Minggu Ni : OPEN HOUSE UMAH KAK INA SARANG SEMUT KAT PUCHONG

dan ada juga open house yang tak dapat aku pegi.. takde rezeki aku nak bersama teman-teman yang jemput aku tu.. Maaf ya!

Minggu akan datang: OPEN HOUSE UMAH DENA KAT SHAH ALAM erkk.. bukan ke dah habis syawal? hehehe belasah ajer..

yang ni aku tak pasti pegi ke tak sebab aku tunggu saleza.. aku nak gi ngan dia.. dia ngan dena ni rapat ngan aku masa form 5 SMPW .. so rindu sangat nak together gether.. saleza busy, sekarang ni dia outstation.. so tu yang tak pasti tu.. takpe lah..aku tunggu dia balik jugak baru aku gi umah dena.. dena tu tak sabo-sabo dah nak jumpa.. nak bergosiiip la tu hahahaha.. sabo jer la..

Semalam gi umah kak ina, hari ni lak aku nak pi piknik kat tempat biasa.. bahan-bahan semua aku dah sedia kan.. ayam dah perap.. bihun dah rendam.. sotong kering pun dah rendam.. tinggal nak masak jer lagi.. sat gi aku masak ler.. now dah kol 8.00 pagi.. pung pang pung pang siap ler hehehe.. Hmm ramai jugak nanti yang ada.. aku, husben, anak-anak aku, farah, mak, su, yen ani ngan anak dia, mayb ijon.. dia tak pasti agi.. agi ramai agi best.. kene bawak kemera.. leh upload gambar kat sini nanti huhuhu...

Monday, October 12, 2009

Eksiden Depan Mata..

Dah berminggu aku malas nak pegi class, maybe sebab mood nak raya then bersambung mood raya kot yang jadikan aku macam tu.. ikut rekod kedatangan aku ke class, aku antara student yang jarang ponteng kalau takde ape2 yang penting.. so.. minggu ni mood raya dah semakin kurang kot hehehe.. laju jer aku pi class.. sabtu n ahad..takde masalah langsung.. so rutin aku kembali seperti biasa setiap ujung minggu.. macam biasa jugak, aku di hantar dan di jemput oleh suami ku yang tersayang hikhikhik.. ada kala naik motor, ada kala naik keter.. aku no hal..

So class ahad semalam aku di jemput oleh husben macam selalu.. kami balik umah pun ikut jalan yang selalu kami gunakan.. shortcut dari danau kota terus ke jalan gombak kemudian ikut jalan sentul, amik DUKE ke jalan semarak tapi sampai duke kat area setapak kami melawan arus.. situ takde orang naik.. jarang sangat.. so tu la jalan pintas kami balik umah terus ikut jambatan sungai kat bengkel keter member husben aku.. seperti selalu jugak, aku suka tengok org yang memancing kat situ.. sabarnye dorang, dengan cuaca panas, siap ada payung lagik tempat dorang berteduh memancing.. kalau tengok kaler air sungai tu, macam tak lalu jerk nak makan ikan tu hehehe.. tapi tu kot yang wat isi ikan kat situ makin sedap..makan benda2 organik hahahaha..iyeeeeeeeek!! dah nak sampai umah dah.. terbayang wajah anak-anak aku kejap.. sampai jer simpang nak masuk ke area perumahan, aku dengar n nampak motor... motor kat tengah jalan!!!!

"abang.. eksiden.. motor tu..kat tengah jalan" aku bagitau husben aku.. mulanya husben aku macam tak perasan..

"ha'ah".. kata husben aku..husben aku slowkan motor..

"benti bang..benti"..aku minta husben aku bentikan motor.. aku makin berdebar..

"mana orangnye"..aku bisik kat hati.. aku ke depan sikit..

"Ya Allah bang.. tolong bang cepat"..kata aku kat husben lagi bila aku tengok 2 orang remaja terbaring kat lantai..

"tolong..mari tolong" panggil apek bantu budak-budak tu..bagi aku apek tu adalah saksi utama kejadian..sebab dia seiring dengan remaja tu nunggang motor..

"haiya..ini budak-budak naik motor cakap cakap.. cerita-cerita.. saya sudah jangka ini.." ngomel apek tu..

apek dengan sape ntah, aku tak perasan.. angkat lagi satu remaja yang terbaring kat tengah jalan tu.. remaja yang kedua ni aku tengok agak teruk.. masih terbayang kat mata aku, mata dia.. mata dia pandang aku.. mata dia tak berkedip.. tapi kata orang kat situ, nadi dia masih ada.. aku punya debar usah citer la.. nak call ambulans pun terketar-ketar.. ada orang lain tolong call kan.. aku tengok budak-budak tu berdarah.. budak pertama tu dah boleh bangun.. bahagian kepala dan telinga kanan dia berdarah.. dia pegi dapatkan kawan dia yang terbaring kat seberang jalan.. orang semakin ramai.. kawan2 budak2 tu pun makin ramai.. husben aku ajak aku balik.. rasa macam berat jer nak pergi.. tapi aku teringat anak-anak2 aku.. dorang berdua jer kat umah.. so aku yang masih berdebar tu, bonceng balik motor dan terus tinggalkan kawasan eksiden tu.. masa kat satu selekoh kawasan perumahan sebelah.. motor gelong..

"eh..abang..nape nih".. aku tepuk bahu husben aku..

"tayar takde angin".. kata husben aku

"laaaa... macam mana pulak takde angin, tadi ada.." kata aku.

husben aku pandang aku.. tengok tayar then tersenyum..

"iyer la.. ape lagi..jalan kaki ler..nasib dah dekat" kata aku..

Sabo jer la motor nih.. nasib takde angin kat situ..kalau kat bukit jambatan sungai tadi.. ish 2,2 masuk sungai agaknya hehehe..

Sepanjang hari aku terbayangkan wajah budak kedua tu.. harap dia ok.. semoga dia semboh cepat.. Amin.

Malam aku bawak mak pegi Focus Point.. nak wat spek mata.. tapi kata specialist kat situ dorang tak leh nak kesan rabun mak..sebab masalah ketarak.. Ya Allah!! macam tu sekali.. patut la mak tak nampak.. aku bagitau su, suh dia bawak mak pegi hospital.. jumpa pakar mata.. secepat mungkin.. su kata isnin sok nak bawak mak.. dia nak amik MC.. harap masalah mata mak akan pulih..insyallah..Amin.

Thursday, October 8, 2009

Busyyyyyyyyyyyyyy......

Aduhla.. masih ada entry yang kosong.. aku busy ngadap asignment daaa... tak penah serik2.. suka wat last minit.. rasa la badan..hikhikhik..huwaaaaa!!!

Iklan