Pages

Jom tengok apa ada..

Tetamu Terhormat.. TQ!

Search This Blog

Tuesday, March 31, 2009

Dah Balik....

Kebelakangan ni banyak perkara yang berlaku dalam hidup aku... ada yang baik dan ada yang buruk.. yang baik aku terima dengan Alhamdulillah dan yang buruk aku juga terima dengan Alhamdulillah..Perkara yang baik antaranya ialah kembalinye gelang aku ke tangan aku sejak 5 tahun yang lalu..bukan kene curi bukan kene rompak tapi ke sebuah kedai kecik untuk dijadikan modal untuk teruskan hidup..aku cukup gembira meski pun masih ada baki tersimpan di sane tapi aku happy dan bersyukur.. "terima kasih wahai suamiku".. "terima kasih bang" ..perkara yang mengembirakan aku lagi yerla berjayanya aku mengecat bilik achap..kaler hijau.. n aku juga gembira sebab aku dapat beli almari buku dengan harga RM290.. juga diberikan oleh suamiku.. almari buku yang aku inginkan sejak aku semester 2 lagi huhuhu..buku dah banyak..berterabur...

Apa yang duka yang berlaku dalam hidup ku? kesihatan mak yang tak menentu.. ketidak pulangan adik bongsu aku sekian bulannya...masalah gawat memberi kesan ke atas perniagaan mak yang teruk terjejas..dan banyak musibah lain atau ujian lain yang diberikan olehNya untuk menguji kesabaran dan kecekalan hamba2Nya..

Saturday, March 28, 2009

Kempen 60 Earth Hour

KEMPEN 60 Earth Hour (Waktu Bumi) akan berlangsung hari ni, apabila semua penduduk di Malaysia digesa memadamkan lampu atau tidak menggunakan sebarang kuasa elektrik selama sejam bermula jam 8.30 malam ni.. jadi bersama-samalah kita memadamkan lampu dan tak guna alat elektrik selama 1 jam.. kita tengok kesannya nanti ke atas bumi kita.. sokongan rakyat Bumi amatlah diharapkan..AF takleh tengok jugaklah kan hehehe...

Saturday, March 21, 2009

Tension betul ar ...

uwaaaaaaaaaaaaaarggghhhhhhhhhh.............!!!!!

test ntah ape2 aku jawab.. assignment tak siap-siap... rumah berterabur...aku penaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat!!!!! aku tensiioooooooon!!

Wednesday, March 18, 2009

Assignment..assignment..assignment

Tu ar.. assignment..assignment..assignment!! selagi tak abis belajar, tulah kejenyer.. dan paling padah bila assignment wat last minit..kononnya tak dapat info la..macam macam alasan aku bagi pada diri aku tapi last minit boleh pulak..naper la aku jadi camni..bila lah nak berubah sikap..bersedia dari awal huhuhuhu.. tulah antara ngomelan aku untuk diriku ini yang punya habit macam ni.. So dah 2,3 ari dah aku dok cari info dan mula menaip..setakat ni adalah isi dalam 11 pages..masih kurang sekurang-kurangnya 15 pages agi uwaaaaaaaa...banyaknye agiiiii!!! Kat sisi aku nih ada 6 buah buku rujukan yang belum di sentuh, dalam laptop aku nih ada 8/9 artikel yang aku ambik dari internet (aku dah cedok sikit-sikit)..dan aku harap dapat siapkan tugasan selewatnya jumaat ni..sbbpastu aku leh fokus kat test sabtu ni pulak..huhuhuhu..

Nampaknya hari ni dan 2,3 hari lagi aku tinggal ngan anak aku si mira jer la.. husben aku ngan achap balik kampung pagi ni.. uwaaaa.. nak ikuuuuuut!!!!

Tuesday, March 17, 2009

KWSP isytihar dividen 4.50 peratus bagi 2008

Hanya 4.5% sahaja?!! Aku rasa macam tak patut sangat KWSP bagi dividen banyak tu.. kenyataan dari Berita Harian semalam,

"Kadar dividen yang lebih rendah berbanding 2007 disebabkan peningkatan peruntukan rosot nilai pelaburan kesan penurunan mendadak harga pasaran ekuiti global yang dicetuskan oleh krisis kewangan dunia"

macam tak boleh nak terima.. bukan sebab apa.. bank lain pun leh bagi peratusan yang lebih tinggi.. ASN/ASB pun bagi dividen lebih dari 6%.. dorang main saham jugak...tapi nape KWSP tak boleh? Aku memang tak faham..

Macam aku ni belajar, duit2 tu untuk menambah pembiayaan pengajian aku..kalau dah setakat 4.5% berapa sangat yang aku dapat? tak faham, tak faham.

Tuesday, March 10, 2009

Cuti bersalin 90 hari di Selangor

SHAH ALAM 8 Mac - Selangor hari ini mengumumkan cuti bersalin 90 hari untuk semua kakitangan wanita yang bekerja dengan kerajaan negeri berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Pengumuman tambahan 30 hari daripada tempoh 60 hari yang ditetapkan sekarang dibuat sempena genap setahun pemerintahan kerajaan negeri campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas di negeri itu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kakitangan terbabit bagaimanapun diberi pilihan menerima sejumlah pampasan jika mahu bekerja selepas 60 hari cuti bersalin.

"Serentak dengan itu juga, suami yang menjaga isteri bersalin turut diberi tambahan cuti tujuh hari menjadikan jumlah cuti boleh diambil meningkat kepada 14 hari," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas sesi bersama pengerusi dan ahli-ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) negeri sempena sambutan satu tahun pentadbiran kerajaan baru Selangor di Dewan Raja Muda Musa di sini hari ini.

Kira-kira 6,000 orang daripada lebih 400 kampung tradisi dan kampung baru di seluruh negeri menghadiri majlis tersebut.

Abdul Khalid juga memberitahu, langkah menambah cuti bersalin itu dibuat atas alasan perubatan kerana mengikut kajian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), bayi perlu diberi perhatian dan penjagaan rapi dalam tempoh 100 hingga 200 hari selepas dilahirkan.

Beliau berharap, mereka yang layak mendapat kemudahan cuti menggunakannya sebaik mungkin termasuk bagi memastikan bayi mereka mendapat suntikan imunisasi mengikut tempoh waktu ditetapkan.

Abdul Khalid turut mengumumkan balu yang baru kematian suami diberi cuti pilihan sehingga 30 hari berbanding kemudahan cuti tanpa rekod selama tiga hari yang diamalkan sekarang.

Sementara itu, beliau berkata, sebanyak 40 pengerusi JKKK terdiri daripada kaum India akan dilantik pada bulan depan bagi memudahkan pentadbiran di kawasan yang mereka menjadi majoriti.

Dalam pada itu, satu perbincangan akan diadakan dengan Bahagian Kewangan Negeri dan pihak terlibat berhubung cadangan menaikkan elaun pengerusi JKKK daripada RM450 sebulan yang diterima sekarang.

"Exco terlibat akan turut berbincang, tetapi ia hanya akan dilakukan pada bulan depan," tambahnya.

Terdahulu dalam ucapannya, Abdul Khalid mendakwa kerajaan negeri telah menunaikan janji pilihan raya antaranya memberi bekalan air percuma bagi 20 meter padu pertama kepada pengguna domestik selain memberi biasiswa dan hadiah kepada anak Selangor yang memasuki universiti.

Sumber: Utusan Online 9/3/2009

Waaah...bestnye keje gomen Selangor. Aku setuju wanita bersalin ni dapat cuti 90 hari bukan sebab seronok nak bercuti tapi sebab berat nak mulakan kerja selepas 60 hari bercuti.. bukan berat sebab malas tapi berat hati tinggalkan bayi yang masih menyusu badan, yang mahu didakap dan dibelai selalu.. ni berdasarkan pengalaman aku la.. sedihnya hati nak serahkan anak kat pengasuh time tu..macam-macam yang aku pikirkan..

Kepada wanita gomen di Selangor, anda bertuah..sangat-sangat bertuah dan moga tuah itu melimpah kepada wanita gomen di negeri yang lain-lainnya.

Monday, March 9, 2009

Ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW (12 Rabiulawal ~ 20 Mac)

Ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW pada 12 Rabiulawal bersamaan 20 Mac diraikan penuh penghormatan dan penghayatan dengan mengadakan pelbagai acara keagamaan di seluruh negara seperti ceramah agama, nasyid, berselawat, berzanji, meraikan golongan fakir dan miskin.

Semua ini adalah sebagai tanda kasih umat Islam terhadap pemimpin agung yang menjadi manusia istimewa pilihan Allah. Kelahiran Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin agung adalah rahmat bagi sekalian alam.

12 Rabiulawal ~ 20 Mac

Kelahiran Rasulullah SAW mengubah kehidupan umat manusia di dunia daripada masyarakat yang dulunya kufur bertukar menjadi taat dan mentauhidkan Allah. Jelaslah kelahiran Baginda SAW benar-benar membawa perubahan besar dalam pelbagai aspek kehidupan manusia. Itulah rahmat dan nikmat daripada Allah mengutus junjungan besar Nabi Muhammad SAW ke muka bumi ini.

Allah berfirman yang bermaksud, "Dan tiada Kami mengutus engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam." (Surah al-Anbiya', ayat 107)

Perjuangan Rasulullah SAW menyebarkan dakwah Islam penuh dengan peristiwa pahit dan getir. Baginda menempuh pelbagai ancaman dan halangan; menghadapi bermacam kesengsaraan, penderitaan dan penindasan. Namun begitu, Baginda tetap tabah, sabar dan tidak putus asa menjalankan perintah serta amanah Allah. Akhirnya Baginda berjaya menegakkan kebenaran di muka bumi ini. Lihatlah betapa besarnya pengorbanan Rasulullah SAW dalam menghadapi kekufuran dan kezaliman musuh Islam.

Rasulullah SAW adalah manusia pilihan dan paling istimewa. Oleh itu, Allah memperlengkapkan Baginda dengan budi pekerti mulia. Peribadi baginda benar-benar luhur, manakala jiwa dan hatinya pula suci bersih. Dengan memiliki keperibadian unggul Baginda berjaya melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab diamanahkan Allah kepadanya.

Keunggulan keperibadian Baginda SAW dijelaskan dalam firman Allah yang bermaksud: "Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah selalu (dalam masa susah dan senang)." (Surah al-Ahzab, ayat 21)

Kehidupan Nabi Muhammad SAW mengandungi pengajaran dan contoh teladan yang baik. Jika diikuti, maka kehidupan manusia seluruhnya akan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Banyak contoh ditunjukkan Rasulullah SAW dalam mentaati dan beriman kepada Allah merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia seperti ibadah, muamalat, politik, hubungan kemasyarakatan dan akhlak. Baginda juga pemimpin agama, negara, suami, bapa, pendidik, pendakwah dan pejuang.

Kejayaan Rasulullah SAW yang paling ketara apabila Baginda berjaya mengubah jiwa manusia daripada sifat kebatilan kepada kebenaran; kezaliman kepada keadilan dan kemunduran kepada kemajuan.

Hasilnya, lahirlah manusia yang bertakwa kepada Allah dan cintakan kebaikan. Contohnya, Saidina Umar al-Khattab yang pada mulanya seorang yang memusuhi Islam menjadi komited dengan ajaran Islam, berperibadi mulia dan dihormati. Begitulah juga Bilal bin Abi Rabah, seorang sahabat yang tabah dan sabar menghadapi penderitaan akibat penyeksaan musuh Islam demi menegakkan agama Islam.

Sempena bulan mulia ini, umat Islam diseru supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mengingati sejarah pengorbanan Rasulullah SAW dalam menegakkan agama Islam dengan membanyakkan selawat kepadanya. Selamat menyambut Maulidur Rasul 1430.

Sumber: Blog azhad

Monday, March 2, 2009

Serabut Days

Beberapa hari yang lepas, aku macam orang gila mengadap tugasan.. bukan setakat tugasan jer, aku kene study jugak untuk exam.. bukan satu exam tapi dua...hari sabtu lepas cukup mencabar bagi aku..mana taknye, aku ada exam dengan presentation.. dah la kene siapkan presentation punya bahan pastu kene study pulak tu...dasat..pastu ahad pulak aku ada exam paper HRD... aduhai, rasa macam nak mc jer ujian tu.. aku mana sempat baca buku..sabtu malam barulah aku ngadap buku sampai kul 3 pagi..n pagi tu aku tawakal jer lah...bak kata pensyarah TP aku, pakai niat jer.. hahaha!! kalau betul pakai niat jer leh jawab periksa takde lah susah hidup ni..tapi tu lah cabaran bila study ni..tambahan pulak study time dah berkeluarga..nak kene masak..kemas rumah..dengan anak-anak lagi..so time yang boleh ngadap buku time tengah malam jer lah...ntah berapa jam jer aku tido kebelakangan ni tapi tu lah..badan tak jugak turun-turun beratnye..makin mengembang ader la..haruuu...

Minggu lepas aku, husben n anak-anak ke Kenny Rogers Roaster..Farah pun ada..buat kali keduanya dalam hidup aku masuk Kenny Rogers..ntahlah nape aku tak minat dulu..dulu aku paling tak suka kalau husben aku ajak makan kat Kenny Rogers..bagi aku makanan dia aku takleh blah (kata budak2 sekarang) bukan selera aku lah.. tapi sebab ada orang nak belanja kan..n aku nak ikut selera husben aku pulak kali ni so..aku cadangkan sendiri pi makan kat Kenny Rogers..aku tau tu faberet husben aku dulu..malangnya sejak bersama dengan aku dia tak dapat ke situ..kalau dia pegi dengan orang lain aku mana tau kan kan kan ... so kami pun ke sana lah..kami order ayam ngan dishes dia..ada kentang lenyek..kentang garlic, ada salad, ada muffin, ada coleslaw and nasik.. aku tak rasa pun nasik tu tapi husben aku kata sedappp.. mira nampaknye suka tapi mira tak boleh kira..semua bedal asalkan tak pedas...air untuk dia segelas pun leh habis...aku minum mocha blended..boleh la sedapnya tapi kat 'kopi satu' lagi sedap ice blended dia..apa pun makan malam haritu abis RM150++ hehehe..boleh tahan...bukan selalu, sesekali kan kan..kalau nak lagi aku ok jer..erkkk..bukan ke tak suka tadi? huhuhuhu...dah terberkenan kot hahaha..yer la..macam boleh blah dah la sekarang..lalalalala..

Iklan